Assalamualaikum.
Aku boleh kira entry kali ni berkenaan dgn pantang larang dlm hidup aku.
Sejak kecil lagi,abah selalu pesan,jangan bising masa orang lain tengah solat. Kalau bising mmg kena sound lah. Tak pernah lg dlm hidup aku abah rotan ke pukul ke. Hmm. Tapi kalau abah tarik muka masam,muka garang,mmg gerun wa cakap lu. Kelu lidah kaku badan tahu. And point aku nak cakap skrg ni,aku dan adik beradik yg lain mmg dididik supaya jgn bising masa org lain tengah solat.
Alright,masuk sekolah menengah,especially SAMTEN. Pun aku dididik supaya jgn bising masa orang lain tengah solat. Aku ingat lagi kata-kata Kak Amira Nenek,
"Cuba korang fikir,kalau kita bising masa ada orang tu tengah solat hajat. Tengah solat hajat ni. And disebabkan kita bising,katakanlah mengganggu konsentrasi dia dalam solat. And katakanlah,terlintas dalam hati dia kata-kata yg bukan-bukan ttg perangai kita yg bising masa dia solat tu. And katakanlah,Allah makbulkan doa dia. Apa korang rasa? Apa korang nak ke benda camtu berlaku?"
Ini dialog yg wallahua'lam mcm mana aku boleh ingat entah. Maybe betul-betul memberi kesan dlm diri aku kot. Sebab dulu aku pun suka buat bising belakang surau kan.
Tapi nak ceritanya bila mai Mesir,aku rasa sepatutnya suasana dia jauh lebih hebat lah drpd tempat-tempat aku kat Malaysia kan. Kalau suasana menghormati org lain solat tu takde kat Mesir,rasa mcm SLACK GILA LAH BEB.
Maybe ini bukan isu yg patut diperbesar-besar. And maybe dia tak sebesar isu Syria pun. Tak sebesar isu ilmu medic pun. And aku pun bukanlah budak dr course Pengajian Adab ke apa nak terangkan bab-bab ni. Tapi cuba fikirlah kan.....
Kalaulah kita ada masa 5 sahaja,LIMA SAHAJA,waktu yg wajib kita connect dgn Allah,sepatutnya dgn 5 waktu tu lah kita kena manfaatkan betul-betul. Time tu lah seorang hamba betul-betul nak tenangkan diri berhubung dgn Penciptanya. Time tu lah seorang hamba nak mengadu kasih kpd Penciptanya. Logik bukan?
Tapi kalau dgn 5 WAKTU WAJIB tu kita dah interrupt dgn merosakkan konsentrasi seseorang ketika berhubung dgn Allah,sayang beb sayang. Bukan selalu dia nk berhubung dgn Allah. Siang malam busy memanjang dgn urusan lain. Just try to think.
Aku boleh kira kejamlah diri aku kalau aku dah rosakkan saat-saat berharga,detik-detik terindah seseorang ketika dia bersama Tuhannya. Seriously.
Kenapa dekat masjid je kita boleh senyap. Tapi depan orang solat tak boleh diam sebentar? Kenapa bila nampak ustaz/syeikh solat je baru kita nak senyap,tapi bila sahabat kita solat kita tak boleh diam seketika?
Dia sedang solat. Dia sedang memuji Allah. Dia sedang meluahkan perasaannya kpd Allah. Dia hanya perlukan sedikit shj waktu yg berkualiti utk diruangkan buat Allah.
Maka aku kira,kita kena ada common sense lah kan utk hormat orang lain yg sedang solat.
Kita sendiri pernah dgr kisah pelacur yg hormatkan azan. Aku sendiri pernah kena tegur dgn seorang budak yg free hair,tak sekolah agama,mintak aku slowkan volume TV sbb ada pakcik tgh solat dlm bilik. You see?
Macam...pelik kan? Siapa yg sepatutnya menunjukkan contoh yg baik sekarang ni? Hmmm.
Ok,ini mmg entry berani mati orang kata. Kalau apa yg aku kata ni salah,atau lari menyimpang drpd Alquran dan Sunnah,mohon tersangat-sangatlah mohon perbetulkan.
Aku sentuh topik ni sbb aku sayangkan saudara,kalau tak sayang aku buat dunno lama dah. Dan bukanlah saudara yg aku tak suka,tapi perbuatan sebenarnya. Mohon ampun,mohon maaf. Just nk share suara hati.
"The role of a writer is not to say what we all can say,but what we are unable to say."-Anais Nin. (video promo Writing Craze,hah)
Wassalam. Moga Allah beri petunjuk kpd jalan yg benar.
salam.
ReplyDeletesentap!! haha. betul. sgt2 kejam kita ganggu fokus kwn waktu solat. xkhusyu' dy sbb kite. astagfirullah..terima kasih awak sbb ingatkan. :)
*kite singgah sini sbb bce status aiman azlan. salam perkenalan dri Malaysia*
masa yg paling bernilai bila mana kita sedang b'bicara dgn ALLAH.. ;)
ReplyDeletesaya pn juga tau pasal entry ini dr status aiman azlan.. :)
Nice sharing.InsyaALLAH same kite praktikkan.
ReplyDeletesaya pon tau dari aiman azlan :)
ReplyDeleteterima kasih berkongsi.
Ohhhh ini lah post yang Aiman Azlan cerita tu.
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi ^^
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi ilmu ini. saya pon tau daripada Aiman Azlan
ReplyDeletesaya pon tau daripada Aiman Azlan :p
ReplyDelete