12 March 2012

Sakit

Assalamualaikum.

Hai,harap sesiapa yg baca entry ni sihat walafiat ye. :)

Alhamdulillah,setelah 12 jam tidur smp tak ingat dunia,berjaya jgak aku menggagahkan diri pergi ke kelas hari ni. Haha,tak ingat dunia takpe,jgn tak ingat akhirat kan. Pesan abah,kalau nk badan sihat,rajin-rajinlah keluar rumah,kasi keluar peluh. Hmm makanya aku tak jadi ponteng lah hari ni. Lagipun hari ni tajuk Toxoplasma Gondii,dah lama aku tunggu-tunggu,kalau tak datang,rasa cam LOSER HABIS KAU. (oke,bajet je ni) =,="

Berat betul kepala ni weh. Balik kelas terus call abah. Abah atas flight plak dah. Nak call mak,mak kat Kelantan,entah apa aktiviti takut mengganggu plak. Lastly call Mak Dah,alhamdulillah,Mak Dah tengah mengaji,hehe,kacau kejap takpe kot.

Bila time sakit ni,faham-faham je lah,homesick over kemmaiiinn. Buat semua benda asyik teringat mak abah je. Tidur pun mimpi Malaysia. Mengigau pun sebut pasal Malaysia. T__T Last aku demam dulu masa malam raya pertama,time tu mak tolong urutkan sapu minyak panas,huhue,kat sini nak menyusahkan org pun tak boleh dah. Nak mai dah....homesick. Tunggu masa je laptop ni nk basah. ;(

Tapi tu lah,kalau nk fikirkan sakit yg kita rasa ni,agaknya tak sesakit orang lain kot. Syukurlah sakit fizikal je. Moga-moga tak sakit rohani. Syukurlah sakit setakat panas badan,pening kepala. Tapi tak sesakit saudara kita yg putus tangan,putus kaki,berdarah-darah. Hmm,byk sgt complain haihh.

That's why complain kat blog je. Kalau complain kat mulut,maunya kena pelempang sebiji dgn housmate. ;( Hah,tipu je,housmate tak main lempang-lempang kot,comel-comel semua,biasa aku kena basuh je,2 3 minit kena basuh,inshaAllah selamat dunia akhirat.

Hmm,merepek gila lah post ni. Aku harap takde yg baca smp sini. Hah,bajet lagi kau Anis. Ohh ye,tadi borak dgn Mak Dah,cerita pasal business dobi abah. Aku kesian gak sbb anak-anak takde yg nak ambil alih kerja tu. Sampai bila lah abah kena uruskan semua tu. Aku cakaplah kat Mak Dah,biar adik je take over nnt. Haha,bajet jadi doktor boleh duduk goyang kaki kira duit sambil cuci baju. =,=' Mak Dah kata kalau adik nak,mintak suami adik lah uruskan. Hmm,aku gelak je dlm hati,kalau dapat suami tok bilal ke takpe jugak lah dia nk uruskan. Tapi takpe lah,aku rasa aku kena fikirkan jgak pasal ni. Walaupun aku lembab bab-bab nombor ni,tp at least aku kena cari solusi pasal ni. Hah,tibe~

K lah,merapu habis kau Anis! Nak chowww,wassalam. n_nV


P/S : Actually kat Cairo ni mmg ramai pun yg tgh sakit,contagious katanya,perubahan musim kan. Mohon doakan! ;)

1 comment: