27 March 2012

Kitab

Assalamualaikum.

Nah,nak share sikit. Bagi akhawat luar sana tersengeh bila baca. ;)



Mari kita renungkan kisah Saidina Umar r.a. yang berusaha mencarikan jodoh buat puterinya yang janda yakni Hafsah r.a.
Saidina Umar pergi menemui Saidina Usman bin Affan r.a. lalu menawarkan padanya HafsahSaidina Usman mengambil masa beberapa hari berfikir, lalu beliau menemui Saidina Umar r.a., dan memberi jawapannya, iaitu tidak menerima akan tawaran tersebut.
Kemudian Saidina Umar pergi menemui Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan menawarkan padanya HafsahSaidina Abu Bakar mendiamkan diri selama beberapa hari, tanpa memberi jawapan kepada Saidina Umar.
Saidina Umar tetap menanti jawapan daripada Saidina Abu Bakar selama beberapa hari. Lalu pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. berjumpa dengan beliau, dan meminang puterinya Hafsah.
Allah Maha Mengetahui, menetapkan apa yang terbaik buat hamba-hambanya yang soleh. Hafsah mendapat seseorang yang lebih baik daripada Saidina Usman r.a., iaitu Muhammad Rasulullah s.a.w. Dan Saidina Usman mendapat seorang yang lebih baik daripada Hafsah, iaitu puteri baginda Rasulullah s.a.w.
Banyakkan usaha menjadi baik, atau lebih baik, warnai kehidupan seharian dengan nilai-nilai Iman dan Islam.
Kemudian berusaha mencari yang baik, insyaAllah, yang terbaik akan Allah s.w.t aturkan buat kalian.
-PerubatanOnline.
Ternganga jugak lah bila baca kisah ni kan. Apalah sangat yg ada pd aku ni supaya boleh jd sehebat Hafsah r.a. untuk ditawarkan kepada lelaki yang soleh? *sigh*
Alhamdulillah,lega rasanya bila dah dapat Kitab Raheeq Almakhtum (baca : kitab sirah Rasulullah SAW) dalam tangan. Terima kasih lah Nazira Hanim tolong dapatkan. Puas kena paksa dgn aku agaknya. Thanks thanks! ;D
So sekarang ni misi nak khatamkan kitab ni. Kalau tak habis berguru dgn Ust Mujahid pun,harapnya boleh lah berguru dgn kakak sendiri. Baru teringat kakak aku pun ambil degree sirah islam. Huhue.. Kalau tak khatam jugak dgn kakak sendiri tu mmg LOSER HABIS LAH AKU. -__-"


Alright,esok class pukul 7am! Out.... Wassalam.

No comments:

Post a Comment