02 August 2010

ilmu tauhid,mungkin?

Salam.
Saya mengambil keputusan.
Untuk tidak berhenti menulis.

Rasa macam selama 19 tahun hidup di dunia.
19 tahun itu penuh dengan sia sia.
Satu pembaziran usia.
Yang amat amat merugikan.
Kosong. Betul betul kosong.

Ingin belajar.
ya,belajar dahulu.

Aku mahu mendalami islam.
Ilmu tentang islam.

5 RUKUN ISLAM.
5 perkara asas dalam kehidupan seorang muslim. 
Aku berhajat kelima-lima itu dapat disempurnakan.


Tapi,rukun pertama sahaja
belum tentu sudah disempurnakan.
Mungkin hanya melalui ungkapan lidah.
Tapi,dari hati sendiri? 



Pendek kata.
Aku mahukan ilmu untuk aku mengenal Allah dengan lebih mendalam.
Dalam sedalamnya. Sehingga cinta aku hanya betul betul untuk-Nya.


Kemudian barulah aku akan berasa yakin.
Yakin dengan rukun yang selebihnya.
Yakin dalam setiap perkara yang aku amalkan.
Sehingga tiada lagi rasa kosong.
Tiada lagi rasa sia sia. 


Aku hanya insan biasa.
Yang masih mencari sesuatu.
Seolah olah seperti pengembara yang baru memulakan pengembaraannya.
Mungkin sedikit terlewat. 
Tapi sekurang kurang nya ada sesuatu yang akan kutemui di sebalik pengembaraan kali ini.


Jadi,penulisan yang seterusnya.
Berkaitan dengan pengembaraan ini.
Mungkin.


Wassalam.

1 comment:

  1. yeayyy!!!seronok anis xjd berhenti tulis...=)
    dpt ag baca ayat2 islamik anis...^^

    ReplyDelete