18 July 2010

jangan kutuk gua,ini tercicir


Memang da lama nak post benda ni. Tapi nampak cam silly je. Maaf. Serious ini last.
Buat yang bernama sahabat,
Aku sedar aku tak pandai bersahabat.
Sayang aku pada korang berbelah-bahagi.
Hidup ni penuh dugaan.
Betapa mudahnya aku dipsiko dgn persekitaran.
Sampai aku x sedar kadang kadang aku selfish.
Lupa pada jasamu yang dahulunya..
Sentiasa berada di sisi tatkala diri ini
JATUH.
BANGUN.
SEDIH.
BINGUNG.
GEMBIRA.
MENANGIS.
KETAWA.
Setiap saat kamu pasti setia menemani aku.
Maaf. Aku minta maaf dengan setulus hatiku.
Andai aku mengabaikan kamu.
Usia yang kian meningkat dewasa melatih diri ini utk berfikir.
Masih ada lagi kah kesempatan utk diri ini.
Menatap senyummu,tawamu yang jelas terpancar keikhlasan.
Aku malu untuk mengaku bahawa aku adalah sahabatmu.
Maaf. Tiada penjelasan untuk apa yang berlaku.
Mungkin belum tiba masa untuk diluahkan.
Aku belum punya kekuatan.
Cuma,ketahuilah,aku sentiasa memikirkan kamu setiap saat,setiap detik.
Memikirkan tentang betapa indahnya persahabatan kita satu masa dahulu.
Aku rindu saat saat itu.
Namun aku yakin,persahabatan ini masih ada.
Cuma tidak semekar dahulu.
Mungkin sekarang menjadi giliran aku untuk menyemai benih benih bunga.
Membajainya dengan kasih sayang. Menyiraminya dengan keikhlasan.
Supaya aku punya kekuatan untuk berhadapan denganmu semula.
InsyaAllah.

P.S. I Dibaca dengan penuh romantis. Tiada unsur unsur nada Sazali dlm 'Anakku Sazali'.
P.S. II Sesiapa yang terasa,entry ni sememangnya utk kamu. Aasifah. -______-"

2 comments: