08 August 2010

derma,dana dan sumbangan

Masa saya masih di Kaherah,sorang kakak dari wakil persatuan PERUBATAN ada call saya. Nak serahkan file untuk gerak kerja cari dana katanya. Memang saya pernah dimaklumkan tentang gerak kerja ni dulu waktu musim final exam. Ramai lagi yang terpilih untuk laksanakan gerak kerja ni. Kira satu tugasan lah untuk those few students yang pulang ke Malaysia semasa cuti musim panas.

Ini first time saya terlibat dalam hal hal mencari dana ni. Buntu jugak masa mula mula dapat file tu. Buntu sangat sampaikan file tu hampir hampir ditinggalkan di mesir pada hari penerbangan saya ke Malaysia. Nasib baik belum sampai ke airport cairo. Hehh. Amanah kan. Kena lah berlari lari ke rumah semula semata-mata utk mengambil satu file.

Setakat ni,saya ada minta beberapa sahabat untuk bantu saya dalam gerak kerja mencari dana ni. Sepatutnya saya perlu cari at least dalam 5 orang penyumbang. Tapi saya akan usaha juga untuk cari seberapa yang boleh. Kalau boleh nak dapatkan lebih daripada 5 orang penyumbang. 


Hmm,apa apa pun kena betulkan niat dalam bekerja. Harap harap niat saya tak menyimpang. Dan moga moga sesiapa yang membantu saya dalam gerak kerja ni,amalan nya diberkati Allah serta dipermudahkan segala urusannya. Doakan moga segalanya berjalan lancar dan usaha kami diredhai. Amin. Selamat menjalani ibadah puasa nanti kayh! =)

No comments:

Post a Comment