![]() |
HOPE. 31/8 - 1/9/2012. [credit] |
I
HOPE. Di ward O&G,semasa membuat discussion bersama fasilitator,aku terpandang jam tangan teammate,Yin. Menariknya pd jam tangan tu ada tarikh islam hijriah. 15 Syawal. Tapi Syawal tu tulisan jawi. Menarik. Satu,jam tu yang menarik. Dua,tarikh tu sendiri yang menarik. Baru tersedar,rupa-rupanya hari ni birthday aku. Haha.
II
Budak Terengganu. Yah and Shafaf datang singgah ke rumah aku hari ni. Aku bawak diorang ke Bangi jumpa mak dah. Ke Kajang jumpa mak aku. Tunjuk mana sekolah aku. Tempat aku membesar. Kampung yang dah sebati dgn jiwa aku dari dulu sampai sekarang. Terharu betul rasanya. Bercerita sambil terkenangkan zaman aku dulu-dulu,asal aku. Heh. Aku rasa mcm diorang sebahagian dlm hidup aku,ye lah bukan calang-calang orang aku biasa bawak sampai jumpa dua-dua mak terus. Haha siap round area Bangi bagai. Habis sejarah salasilah keluarga dgn tempat tinggal aku semua mak abah bagi lecture free-free je kat diorang kan. Anyway,thanks for coming. =) Entah bila lah aku nk pergi negeri Masjid Terapung tu. Huhu.
III
Jangan berharap sangat,nanti tak dapat. Cuba buat tak tahu je,mesti dapat punya. Kami tak berharap dan tak terlintas dalam kepala pun akan menang sketsa,tapi kami johan. Haha. Bangga lebih padahal watak nurse je. Tak kisah lah johan ke tak,yg penting bila bukak hamper tu takde lah keluar Chipsy ke,Cheetos ke,Fanta ke apa kan. Hehehe. >_<
IV
Seeing a full moon. A happy thing. :) Aku sukaaaaa sangat sangat sangaaat tengok bulan. Especially bulan penuh,bulan purnama orang kata. Tengok bulan purnama rasa mcm bulan tu tengah senyum dekat kita. Senyum gembira sbb sebulan sekali je dia dapat jumpa kita. And kalau tengok dia di sebalik dahan-dahan pokok,mesti rasa macam bulan tu tengah main hide and seek dengan kita. Haha. K macam psiko pun ada aku ni. -.- Tapi betul lah,aku mmg rasa camtu kot. Kadang-kadang rasa macam dia teman baik kita. Jarang jumpa,tapi bila dah jumpa,happy gila kan. Hehe. Psiko..psiko.. Kes lahir time 15hb agaknya.
V
Aku tak faham kenapa mesti burung pungguk yang rindukan bulan? Just asking. Hmm.
Ops kntoi stalk yin! Haha
ReplyDeleteThanx for serving me da best! Angau ag ak kat tempe mak dah ko ni! Yummy!!
Em ingat x kasidah 'ya badrati' ? Xsilap ak mksdnya bulan pnama. Ssuai la dgn 15 syawal ni..hehe
-yah-
Dah dia duduk depan aku,logik lah kan kalau ternampak jam tangan dia. -___-"
DeleteResipi turun temurun.. Cuma tak turun kat aku je,kalau tak boleh dah aku buatkan kt mesir nnt. Haha.
Ya badrati tu bukan ke nak kata nabi muhammad yg diumpamakan spt bulan purnama?