04 September 2012

Ini serious


Kerana tiada istilah 'Forever 21'. [credit]

Dua perkara yang seringkali bermain dlm kepala aku. Walaupun sebenarnya banyak lagi perkara lain yang datang,tapi yang dua ni paling obvious sebab mungkin ia mampu memberi kesan baik atau buruk dlm hidup aku. Bergantung kpd jalan penyelesaian yang aku ambil.

Pertama,kerjaya aku sendiri,doctor. InshaAllah kalau takde perkara yang menghalang,kalau diizinkan aku berjaya habiskan pengajian kedoktoran ni,inshaAllah keluar u nanti akan jadi doctor lah aku. Tapi,ada benda yang aku takut dlm bidang ni. Bukan takut darah. Bukan takut mayat. Tapi aku rasa takut nk bg treatment kat orang. Contohnya nak inject orang pun aku takut. Nak incise badan orang lg lah aku takut. Lagi-lagi kalau reaksi patient tu buat muka takut or sakit. Aku rasa bila aku nk inject orang ke bedah ke apa,aku rasa seolah-olah aku akan mencederakan or melukakan badan orang tu. :( Awak faham tak perasaan saya sekarang ni? Very bad you know...... :(((( Bukannya kita tak minat medic. Kalau setakat belajar ikut buku sesiapa pun boleh. Apa guna belajar banyak-banyak tp nak bg treatment kat patient pun tak mampu? Ah sedih ah. Tak reti nak explain.

Kedua,rumahtangga. Aku tak tahu lah kalau bg orang lain perkara ni terlalu awal utk difikirkan ke apa. Tapi aku rasa,aku dah terlambat. Bukan terlambat untuk berkahwin. Tapi terlambat dlm membuat persediaan sebelum masuk ke alam rumahtangga. And rasa 'too late' tu membuatkan aku rasa takut nk masuk ke alam perkahwinan. Aku takut kalau aku tak mampu nak jadi isteri yang baik. And perkara yg paling aku takut ialah aku tak mampu nak jadi ibu yang baik. 

That feeling bila awak rasa diri awak pun awak tak mampu nak tarbiyyah,ini pulak nak bagi tarbiyyah kat anak-anak. Perintah mak ayah pun awak tak boleh nak taat,ini pulak nak taat perintah suami. T_____T Marriage ni bukan hanya kisah kau bercinta dgn husband kau je lepas tu the end,they live happily ever after kan. Bak kata syeikh rohim,percintaan tu hanya 1/10 sahaja drpd perkahwinan. 9/10 lagi tu lah yg kita kena perjuangkan sebenarnya. Hah pe benda 9/10 tu pun aku tak dapat nk cari lg.

Sedih. Boleh sesak nafas kalau fikir dua benda ni. Selagi aku tak usahakan something utk hilangkan rasa takut aku terhadap dua perkara ni,selagi tu lah aku tak boleh nak jadi doctor,selagi tu lah,aku akan membujang sampai bila-bila. Sobs.

Belajar pandai mana pun,kalau tak boleh practice dlm hidup tak guna jugak. 

Mungkin aku kena 'mencederakan' mereka banyak kali untuk hilangkan rasa takut tu.

Mungkin bab rumahtangga tu,tak cukup kalau setakat belajar ikut buku. Itupun kalau rajin baca buku lah. Tapi kalau nak belajar cara lain,aku pun tak reti nak mula dari mana,dgn cara apa. 

Hah cukuplah. Tak reti dah aku nk explain camne perasaan aku sekarang ni. Nasib ada iman sikit,kalau tak aku dah duduk tepi gaung dah tunggu masa je nak terjun.

Moga usaha yang aku buat ni dikira sebagai persediaan aku sebelum mati. Ultimate goal kita,is Jannah. Moga Allah tunjukkan jalannya.

Wassalam.

3 comments:

  1. Replies
    1. Tang mana kau terasa ni?
      Kalau bab inject orang tu,aku lega lah jugak.
      At least ada geng. Haha.

      Delete