26 July 2012

Thank You Allah




Bangun-bangun tidur,terus on Twitter. 

*tweet*

Aku yakin result mesti akan keluar dlm masa 10 hari ni. Mesti punya.

Bukak website u,result tak keluar lagi. Zzzzz... Dah bosan duduk rumah tak tau nak buat apa. Lastly plan keluar ke market kejap,beli barang sikit utk iftor ramai-ramai nnt. Balik shopping je bukak Twitter balik. Hamekkaww! Tetibe timeline penuh dgn cerita result semua orang. Ya Allah result keluar hari ni jugak rupanya. =O

Alhamdulillah,Allah izinkan jugak untuk aku lulus dalam imtihan. Rasa mcm nak menangis.  T__T Yelah,kalau ikutkan mmg tak layak pun utk dapat lulus. Hamba yg banyak dosa,tak itqon dalam belajar. Itu baru fizikal. Kalau dalam hati ni,lagi lah macam-macam khilaf yg aku buat,tak cukup tawakkal kpd Allah,banyak sangkaan tak baik yg terlintas,tapi Allah tetap jugak bagi aku lulus,Dia bagi jugak apa yang aku pinta. Terima kasih ya Allah. ;')

Allah Maha Pengurnia rahmat. 

Kalau nak kira usaha aku,memang ummpph harom mustahil nk dpt lulus. Aku kira ni semua sbb doa-doa orang lain yg tak putus-putus doakan aku. Doa mak abah,akak,abang,pakcik makcik. Doa kawan-kawan. Doa daripada makcik,pakcik arab yg terserempak kat tepi jalan ke dlm metro ke. Mungkin doa kawan-kawan yang bersujud kat depan kaabah waktu Ramadhan ni. Mungkin jugak doa kawan-kawan yang kebetulan doakan aku masa dah dekat nk berbuka puasa tu ke kan. Doa sesiapa je lah,yang Allah perkenankan,terima kasih,terima kasih,alhamdulillah Allah maqbulkan doa kalian. Innaka antas sami'ul aleem,innaka antas sami'ud du'a. Moga kalian pun peroleh kebaikan yg berpanjangan di dunia dan akhirat kelak. Amin.

So,sekarang ni boleh dah slow slow cari tiket nak balik Malaysia. Moga Allah izinkan aku and kawan-kawan yang lain dapat balik ke Malaysia dgn aman. Moga dipermudahkan segala urusan. Moga selamat sampai,itu yg penting. Selamat sampai Malaysia and selamat kembali ke Cairo.

Untuk kawan-kawan yang kena repeat,moga kalian tabah. InshaAllah kami tak lupa doakan kalian. Masih ada peluang kedua,moga semua boleh lulus time repeat nnt. Moga dipermudahkan urusan dlm belajar,and dipermudahkan dlm menjawab soalan time exam nnt. Moga sama-sama naik ke 4th year nnt inshaAllah. Amin.

Cukup kot update setakat tu. Hee,again,terima kasih banyak-banyak kpd yg mendoakan,yg byk beri tunjuk ajar dlm semua subjek,yg share ilmu ke ape,thanksss thankss,moga Allah balas lebih drpd apa yg korang dah berikan. =) Wassalam.

2 comments:

  1. ko tak layak sebut perkataan lulus... ko layak sebut mumtaz je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab bukan mumtaz yg aku target der. hmm. alhamdulillah lah ala kulli hal.

      eh tahniah lah,kau lulus semua jugak kan? mabrouk..mabrouk.. ;)

      Delete