24 July 2012

Para Para Paradise

Sesudah solat sunat rawatib sebelum isyak,makcik yg duduk kat sebelah tanya satu common question kat aku,dengan senyuman di wajahnya yg sangat manis,"Maliziy?". Aku pun tetibe bagi respond dgn senyuman yg lagi lebar and lagi manis of course,conditioned reflex kot,tengok orang senyum lebar,kita pun nk balas dgn senyuman yg lagi lebar. Heh. Aku pun balaslah,"Aiywah(Ya)." 

Entah kenapa tetibe rasa berbunga je hati time tu. Hihi..

Ter-imagine lah plak,cuba bayangkan kalau situasi kat syurga nanti ataupun kat padang mahsyar ke. Ada orang tanya kita,"Mukmin?". Lepas tu kita pun dengan bangganya dan riak wajah yg bahagianya pun menjawab,"Aiywah!" Ohhh mesti rasa bahagia gile kan. Rasa macam dah dapat kemenangan yang Allah dah janjikan untuk orang-orang yang beriman. 

MasyaAllah,siapa tak nak masuk syurga kan? Hee.. Bak kata Syeikh Omar Suleiman,3 steps if you want Jannah; 


1)Want it. 2)Ask for it. 3)Act for it.


اللهم ادخلني جنة الفردوس 


Aku rasa first and second step tu macam dah lepas lah kan. Emm tp third step tu kena tepuk dada tanya iman lah. Adakah kita beramal ala-ala hidup segan mati tak mahu? Atau amalan sekadar hangit-hangit tahi ayam. Ataupun bagai pahat dgn tukul? Haha. Suka hati je redah pakai semua peribahasa,ada kaitan dgn mesej ke tak entahlah. Tp kau orang faham-faham sendiri lah kan mesej yg aku nk sampaikan.

K,moga dgn rahmat Allah kita diizinkan untuk berkumpul bersama-sama kat Syurga kelak. Walaupun sedar diri ni mmg tak layak,tapi tu lah aku kata,sama-samalah mengharapkan rahmat Allah. Sama-samalah cuba menjadi baik supaya tak segan nk mintak Syurga from HIM kan. Kbai. Wassalam. =)

No comments:

Post a Comment