16 June 2015

Me, The Most Dumbest Person On Earth

Tetibe teringat kes firework kat Bahariya hari tu. Yeye ingatkan firework. Pastu jerit kat semua orang, "Jauhkan diri masing-masing 50 metres away!"

Pastu api pun menyala. Tak sampai 15 saat dia padam. Kahkahkah. Takde firework pun. Jahanam betul. It was actually a birthday candle. Kahkahkahkahkah. Bodohnya lah gadis gemok yang membeli birthday candle tersebut.

--

Hari tu duduk Justa sembang kopi dengan teman-teman. Entah macam mana boleh timbul pasal telur ayam. Hasil daripada sembang tersebut, aku baru tahu yang telur ayam takkan menetas kalau tak kena suhu yang sesuai. Sebab tu mak ayam duduk atas telur ayam sampai telur tu menetas. 

Padanlah telur ayam kat dapur aku tak pernah menetas jadi anak ayam. Kahkahkah. Aku pernah jugak terfikir, kenapa kalau aku balik Malaysia time summer, kalau aku tinggalkan telur ayam kat rumah Mesir, bila aku balik semula ke Mesir, telur tu rosak? Kenapa dia tak menetas jadi ayam? Bhahaha. Sekarang baru tahu kenapa.

--

Masa kecik dulu, kitorang adik-beradik tak suka makan telur kuning. Suka maka telur putih je. Abah selalu cakap, telur kuning tu sebenarnya isi ayam. Telur putih tu bulu ayam. Sejak daripada tu aku start makan telur kuning. Sebab aku rasa sia-sia dan geli nak makan bulu ayam sahaja. Sampai ke tua aku percaya cakap abah yang kuning telur tu isi ayam, putih telur tu bulu ayam.

Sampailah member aku kasi tazkirah bertadabbur pasal kejadian manusia, dan yolk sac, and benda-benda macam tu lah. Timbul lah persoalan pasal telur ayam. Masa tu aku baru tahu, yang putih telur sebenarnya amniotic fluid. Bukan bulu ayammmm. Dan kuning telur tu sebenarnya akan jadi ayam, bukan isi ayammm. 

Hm, nasib baik tahu time bujang. Kalau tak, habis semua anak-anak aku, aku ajar benda salah. Kahkah.

1 comment:

  1. setahu aku putih telur itu yang akan jadi ayam, kuning telur itu nutrient dia untuk survive dalam telur sebelum menetas. Sebab itu putih banyak protein dan kuning banyak lemak

    ReplyDelete