14 March 2015

Even the sky cries sometimes

Malam sebelum exam end round, hati aku tak tenang semacam. Trauma dengan OSCE Pediatric tak hilang lagi. Itulah satu-satunya exam yang (setakat ni) berjaya buat aku rasa akulah manusia paling bodoh dalam dunia. So, before exam end round hari tu, aku dah fikir macam-macam. Aku dah set mind, ada kemungkinan aku orang pertama yang akan dipanggil utk exam, ada kemungkinan aku akan dapat doctor yang takkan tolong student langsung, ada kemungkinan aku akan dapat case yang aku tak pernah study pun sheet dia, ada kemungkinan aku akan mental block and buat method examination yang paling bodoh macam orang tak pernah belajar. Banyak bendalah yang aku risaukan malam sebelum exam end round hari tu. 

Hari dah malam, aku tergerak hati nak call abah, ajak sembang, dengan harapan dapat tenangkan hati. Tapi Malaysia for sure dah pukul 2 pagi. Aku tak jadi call. Setengah jam lepas tu, tiba-tiba dapat panggilan daripada abah. Excited, happy, bersyukur, terkejut, semua ada. 

Instinct kuat babe. :)

--

Alhamdulillah, end round exam pun dah sudah. Lepas ni start round Surgery pulak. 

Tapi ada benda lain pulak yang buat aku rasa tak tenang. Again, aku rasa nak call abah. Tapi Malaysia dah pukul 11 malam. Aku whatsapp Oya, "Semua orang dah tido ke?" Dia tak reply. So, takpe lah, besok je lah aku call abah.

Aku bukak Youtube, layan lagu Guardians of the Galaxy, konon-konon nak hiburkan hati yang tengah sedih. Lagu pulak lagu pop 80's. Tak berapa nak membantu untuk hiburkan hati aku. Layan video EllenShow, bosan, takde yang funny. Terus aku letak phone, keluar bilik, angkat baju kotor masuk dalam mesin basuh.

Tiba-tiba bunyi telefon. Ada orang call. Hati aku dah jerit dah, "Abahhh."

Tengok-tengok memang betul pun abah yang call. Huaaa terharu tak terkata lah. Abah macam tahu-tahu je aku tengah sedih. 

Biasanya abah call aku 2 or 3 minggu sekali. Tapi ni, selang 2 hari je dia dah call aku balik. Aku pun cakaplah kat dia, "Adik memang nak call abah pun, tapi takut abah dah tidur."

Instinct kuat babe. :)

Aku pun ceritalah semua benda, luahkan perasaan segala bagai. Dah hujung-hujung tu, aku dah tak tahan sangat dah, mulut dah start cembeng, suara dah start ketar-ketar dah, semua yang abah cakap aku 'ermm'-kan aje, cepat-cepat aku stop sembang, cakap goodbye, goodnight, i love you, terus end call,

Baring atas katil, tekup muka dengan bantal, menangis puas-puas.

Masuk bilik air, tengok muka merah macam babun. 

--

Umur dah nak masuk 24, still cry over small things.

It's ok anis. *tepuk bahu sendiri*


1 comment:

  1. Untuk setiap luka, air mata, keresahan, cerita dan harapan yg tak kesampaian yg masih kita sorokkan,
    Moga Allah zahirkan jalan penyelesaian, tunjukkan jawapan dan moga dipandu hidup kita semua.
    Anis boleh! Anis boleh! tibatiba
    mesti semacho abe M Anis nangis. ^_^

    ReplyDelete