16 January 2015

Doa Petang Jumaat

Ada orang, kahwin dengan ustaz, tapi cerai
Ada orang, kahwin dengan orang biasa-biasa, tapi kekal

Ada orang, rumahtangga nampak bahagia, ceria, tapi cerai
Ada orang, rumahtangga nampak selalu bergolak, bertengkar, tapi kekal

Ada orang, dah ada anak lima, tapi cerai
Ada orang, dah 10 tahun tak ada anak, lambat dapat anak, tapi kekal

Ada orang, suami setia, tapi cerai
Ada orang, suami kahwin empat, tapi kekal

Ada orang, isteri kerja, suami tak kerja, cerai
Ada orang, isteri kerja, suami tak kerja, tapi kekal

Ada orang, anak suruh jangan berpisah, tapi cerai
Ada orang, anak suruh berpisah, tapi kekal

Persoalan sekarang ni, nak kahwin ke tak nak kahwin?

Jangan keluar ayat macam ni pulak 10 tahun akan datang.......

Ada orang, isteri doctor, suami doctor, cerai
Ada orang, isteri profesor, suami doctor, tapi kekal

Aku tak tahu apa punca statistik cerai makin meningkat, tapi, aku harap bila dah kahwin nanti aku akan berpegang untuk sentiasa sentiasa dan sentiasa berusaha untuk selamatkan rumahtangga.

Aku tahu bunyi dia macam sembang. Tapi, dia lebih kepada doa daripada sembang.

Apa-apapun, lain orang lain bahagian dia. 

Moga kita dijauhkan daripada perceraian. Moga Tuhan sentiasa beri petunjuk kepada kita, dan pandu kita pada jalan yang lurus.

1 comment:

  1. oitoit..
    macam dah tak lama ni
    asal hari ni gatai nk blog walking ramai pula post pasal kahwin
    syndrome 20-an mungkin
    untungla dah ada orang
    haha

    ReplyDelete