05 December 2014

Reflex

Kalau belajar neurology, akan ada topic yang mana kau kena examine reflex kat patient. Ada deep reflex, superficial reflex. Ada normal reflex, pathological reflex.

Aku malas nak sembang kencang pasal neuro. Pasal study pun tak habis lagi. Hihi.

Tapi, saja lah nak ajak sembang benda lain. Aku perhati la kan, kalau budak-budak baik ni, depa macam naturally ada reflex yang bagus dalam diri depa. Maksud aku, normal reflex yang sepatutnya memang kena ada dalam jiwa orang-orang baik. Yang mana aku perhati reflex tu jarang ada dalam diri aku. Dalam kata lainnya, yang ada pada aku kebanyakannya adalah pathological reflex. Hahaha. Takleh nak kompleks lagi kan ayat kauuu..

Contoh lah, semalam time belajar chest examination. Ada sorang member lelaki terpaksa berlakon jadi patient. Then, doctor panggil sorang akhowat ni utk buat palpation. 

Reflex akhowat tersebut, terus geleng kepala, takmau buat examination kat budak lelaki tu, dan mintak doctor yang jadi patient. Tapi doctor kami lelaki jgk.

Aku plak time tu.. apa beza kan? Doctor lelaki. Budak tu pun lelaki jugak. Seolah-olah mcm cannot brain la......... Haha. Aku terfikir kalau aku la yg kat depan tu mesti aku sami'na wa ato'na je kott terus palpate budak tu.

Ha, itu lah antara contoh beza reflex budak baik dgn budak macam aku ni.

Lagi satu, dalam satu majlis ni, si akhowat kena bentang apa ntah kat depan. Dia duduk atas kerusi sofa gitu. Tetibe laptop dia ada masalah apa ntah. Then mai sorang mamat ni tolong adjust. Mamat tu duk atas 'tangan sofa' tu, dan akhowat tu terpaksa berdiri lah sebab ada mamat duk atas tu. 

Lagi sekali aku terfikir, kenapa dia kena berdiri? Duduk je lah kan. Bukan sandar kat dia pun. Hahaha. And kalau aku kat tempat dia mesti aku takdak reflex macam tu.

Ha, itu antara contoh lain.

Kesimpulannya, aku sedar bahawa, reflex-reflex normal yang takdak dalam diri aku ni, mungkin sebab depa ada perasaan 'malu' tu lebih. 'Malu' bukan pemalu apa. Maksud aku 'segan' yang berbatas lah. Dan malu itu sebenarnya sebahagian daripada iman. Ha, sentap kejap. Boleh agak dah kenapa aku banyak sangat pathological reflex. Hati ni takdak sifat malu agaknya. Iman pun ntah level mana.

Aku rasa aku tak layak nk jadi mak orang lah kalau dah gini gayanya. Habislah.. cita-cita aku nak kawen, nak ada anak, kena simpan jauh-jauh dalam peti. Jauh lagi kot perjalanan nk jd budak baik. Hm memang exam nanti doctor nk tanya pasal ni kan ._.


Eh eh cam cute plak abam jaw reflex ni kan lolzz, kbye.

3 comments:

  1. bgusnyaa korang! ak kat sini mcm ssah nk jage pgaulan huhu. btw klu kat sni, jaw reflex px refer with neurology prob je baru doc pakar check. kiteorg x perlu practice pun jaw reflex ni

    ReplyDelete