06 September 2014

Menangis

"Adik masa kecik dulu suka sangat menangis."

"Nampak kucing pun dah nangis."

"Budak ni memang. Tak payah usik tak payah sakat, pandang je pun dah nangis."

"Adik kalau nangis, hidung dia paling merah."

Hamek kau kena bahan.

Fragile sangat ke aku masa kecik? Haha. Yang aku ingat, ada satu malam tu aku nangis gila-gila tak tahu apa punca, sampai abang aku bengang, dia angkat aku letak kat reban ayam. Lepas tu dia tinggalkan aku sorang-sorang kat situ. Makin kuatlah aku menangis. Last last makdah pujuk sampai aku ok.

Ada jugak sekali umur berapa entah, 5-6 tahun kot. Masa balik kampung kat Terengganu. Mak suruh aku dengan abang aku tidur kat rumah makcik kat Setiu. Mak aku macam kena pergi somewhere lah masa tu, so kitorang terpaksa berpisah dgn mak kejap, satu malam. Aku punya lah sedih, drpd masuk kereta makcik aku tu sampailah ke rumah dia petang tu sampailah ke malam sebelum nak tidur lelap mata, aku tak berhenti menangis. Semua orang try pujuk, tapi tak berjaya.

Kesian orang lain. Aku dah banyak menyusahkan semua orang.

Masa darjah 2 dulu pun pernah jugak menangis tiba-tiba. Angin takde, ribut takde, time turn aku nak mengaji dgn ustazah, time tu lah tiba-tiba air mata nak keluar. Tersedu-sedu macam sedih sangat je. Padahal takde sebab pun.

Sebenarnya jangan kata time kecik je. Time dah besar ni pun, banyak kali dah menangis takde sebab. Kadang-kadang sebabnya kecik je, tapi menangis macam apa. 

Aku selalu pesan kat diri aku, tak kisah nak nangis sebab apa sekalipun, tapi jangan sebab lelaki. Make sure air mata kita mahal utk seorang lelaki. 

Kalau abah ke, abang ke, sepupu ke, anak sedara ke, best friend ke, itu lain cerita lah. Takkan tak faham kot apa maksud aku 'sebab lelaki'?

.....

Erm k laaa, kalau nak nangis jugak sebab lelaki, bolehlah nangis 3 minit. Lepas tu dah, simpan air mata tu.

Kerana dirimu begitu berharga. Cewah. Macam iklan Avon pun ada.

*aku mengaku aku tak suka nangis depan orang sebab mmg betul pun hidung aku yg paling merah menyala serupa babunsss, huduh ok.


No comments:

Post a Comment