12 May 2014

Nota #4 : Solat Sebelum Melahirkan Anak

Macam biasa, simpan nota penting dalam blog untuk rujukan pd masa akan datang. Hehe.

Soalan:

Zainab sedang mengandung 40 minggu dan mengalami kontraksi pada pukul 5.50 pagi. Bukaan serviks Zainab ketika itu 5 cm, dan dia dibawa ke ruang menunggu. Kontraksi rahim Zainab semakin kerap, dan bukaan serviks semakin luas. Darah dan air ketuban mula membasahi kain dan cadar. Sedang dia menahan sakit, azan subuh berkumandang.


1) Apakah Zainab diwajibkan untuk menunaikan solat pada ketika itu? Seandainya wajib, bagaimanakah cara untuk Zainab mengerjakan solat dalam keadaan sakit serta darah dan lendir masih mengalir dari laluan peranakannya?

2) Apakah Zainab dibolehkan untuk memohon agar seorang doktor lelaki menyambut kelahiran bayinya walaupun di hospital tersebut terdapat doktor wanita yang 'available' kerana doktor lelaki tersebut lebih berpengalaman dan cekap?

Jawapan:

Soalan 1

- Zainab masih dikategorikan sebagai muslimah yang wajib mengerjakan solat, seandainya diyakini bahawa pergerakan solat tidak akan menjejaskan dirinya dan kandungan (atas nasihat doktor). Sebahagian ulama' mengatakan bahawa darah yang keluar semasa sakit bersalin (stage 1 labor) adalah darah fasad, dan darah fasad (darah yang rosak) hukumnya sama seperti darah istihadhah. Bukan sepertimana darah haid dan nifas yang mengugurkan kewajipan solat. Lebih-lebih lagi solat subuh yang waktunya singkat.

- Bagaimana cara Zainab nak solat? Sekiranya dia mampu untuk mengelap/menukar kain yang terkena darah dan cairan tersebut, dia perlu menukarnya dengan kain yang bersih dan pakai tuala wanita untuk mengelakkan darah/cairan mengalir semula. Begitu juga dengan cadar. Zainab perlu cuba untuk membersihkan/menukar cadar sekiranya mampu, ataupun dengan bantuan ahli keluarga dan staff hospital. Ataupun tanggalkan terus cadar yang terkena darah tersebut. Lebih baik bersolat di atas katil yang tidak bercadar daripada bersolat di atas katil yang cadarnya terdapat najis. Boleh berwudhuk dengan sebotol/segelas air dengan bantuan keluarga/staff hospital.

- Sekiranya tidak mampu menukar kain, menukar cadar dan berwudhuk (tiada keluarga, staff hospital sibuk), pesakit boleh solat seperti biasa. Solatnya sah dan tidak perlu diulangi lagi.

Soalan 2

-Terdapat beberapa pandangan ulama' yang boleh kita jadikan sandaran dalam hal ini:

1. Fatwa dari Darul Ifta' Misriyyah, mengatakan bahawa wanita tersebut berhak memilih doktor yang TERBAIK, tanpa mengira jantina dan agama (walaupun sebaiknya doktor wanita Muslimah adalah lebih perlu diutamakan). Penanda aras yang paling diterima adalah KEPAKARAN, bukan jantina dan agama. Tidak jatuh maruah seorang wanita yang memilih doktor lelaki yang diyakini kepakaranya, memandangkan ianya adalah berkaitan soal nyawa dirinya dan anak yang bakal dilahirkan. Beberapa orang senior kita pernah bertanyakan soalan sebegini kepada Syeikh Yusri, dan syeikh berpandangan seperti pandangan di atas.

2. Sebilangan para asatizah di Malaysia yang tidak bersetuju seandainya doktor lelaki diberikan peluang untuk menyambut kelahiran dan berpendapat bahawa konsep "darurat" yang digunakan adalah terlampau ringan. Pihak KKM perlu lebih tegas dalam isu ini dan seharusnya hanya doktor dan staff wanita yang dibenarkan menyambut kelahiran dan adalah menjadi satu kewajipan doktor wanita yang berkemampuan untuk mengambil mengambil kepakaran dalam bidang ini.

[Females visiting male obstetrician-gynecologists]

No comments:

Post a Comment