25 April 2014

Hajat

Ada tiga perkara yang aku berhajat nak buat.

Tudung labuh.

Teringin nak pakai tudung labuh macam zaman sekolah dulu. Yang bahagian depan labuh bawah paras pusat. Yang bahagian belakang labuh bawah paras punggung. Cuma aku cerewet bab pilih kain and cerewet bab pattern potongan tudung labuh. Aku suka Cikgu Zaimah punya pattern. Tapi sekarang nak cari Cikgu Zaimah semata-mata nak mintak dia jahitkan tudung, pelik pulak. Perangai aku pun takde lah baik mana. Gelak pun besar. So bila boleh pakai tudung labuh sebenarnya?

Ijazah pengajian islam.

Teringin nak ambil 2nd degree jurusan syariah. Kalau tak syariah pun, mungkin lughoh. Kalau tak lughoh pun, mungkin usuluddin. Tapi tadi sembang dgn junior, dia kata kalau nak masuk Al-Azhar kena ada sijil STAM. Nak ambil STAM kat Selangor, kena tunjuk sijil SPM. Sijil SPM itupun valid 3 tahun je utk ambil STAM. Boleh je kalau nak ambil STAM kat sekolah swasta. Tp chance nak dapat tu mungkin payah. Sebab dia akan utamakan orang yg lebih layak. Kalau bukan kat Al-Azhar, macam ustaz mention Universiti Madinah atau Morocco, depa pun terima sijil SPM. Tapi valid 3 tahun jugak. Hm so sebenarnya ada can ke aku nak ambil 2nd degree? Ke misy ma'ul sebab kehidupan aku sebagai doctor lepas ni akan sangat-sangat busy?

Tulis buku.

Teringin nak tulis buku medik yang tak menerangkan fakta sains semata-mata. Tapi mungkin dari sudut pandangan islam. Contoh, aku nak hasilkan Kitab Obstetric, yang mengkaitkan teori sains dan teori islam. Setiap teori yang kita cerita, kita akan sertakan dalil kat bawah. Mungkin kalau bab management, kita boleh selitkan macam mana cara management dari segi islam. Apa perkara-perkara yang kita perlu ingat sebagai practitioners dan apa perkara-perkara yang kita perlu ingatkan kepada patients? Mungkin kita boleh selitkan jugak perkara-perkara sunnah atau fatwa atau hukum-hukum fiqh utk setiap trimester ibu mengandung dan anak yang dikandung. Pendek kata, kalau betul nak wujudkan kitab tu, mesti kitab tu kena detail, mudah utk orang faham dan mampu utk dipraktikkan. Pendek kata lagi, aku mmg kena belajar lebih, usaha lebih, rajin pun kena lebih. Erm. :/

Semua ni teringin. Tapi, macam mustahil je.

No comments:

Post a Comment