06 April 2014

Bowling


Macam first time jee muka aku masuk poster. Wajiblah simpan kat blog. Hahahaha. Biarlah muka kecik pun. Yang penting ada. *bab mencapap nombor satu kan* :p

Game semalam walaupun kalah, tapi aku puas hati je lah. Praktis sampai 9 games, kalau tak puas hati jugak memang merana lah rasa. Selama aku praktis tak pernah pun nak score 100. Asyik-asyik 70 ke 80. Sekali jee dapat 90 lebih. Down gila weh. Kebetulan masa game semalam, aku dapat turn first utk jalan dulu. Memang sepanjang main tu aku taknak tengok screen. Taknak tengok score kat screen. Aku buat je sehabis baik. Budak team lain sorak punyalah psycho gilaaa tapi aku buat pekak je lah. Control macho sikit. Haha.

Alhamdulillah lah, first game boleh score 116. Second game boleh score 103. Ada lah jugak improvement berbanding dgn hari-hari aku praktis sebelum ni. Tu yang buat aku puas hati tu. Haha.

Benda yang aku baru sedar, aku jenis takleh compare diri aku dengan orang lain kot. Nanti aku down lepas tu aku akan lemah semangat lepas tu aku tak dapat nk buat yang terbaik. Lagi satu, aku rasa aku jenis buat benda dengan hati, baru menjadi kot. Kalau ikut cakap orang, jarang-jarang menjadi. Redah je. Apa nak jadi, jadilah. Emm gitu lah kot ceritanya.

Omputih kata, believe in yourself. Cehh. 

Team A & Team B

Team B
Terima kasih utk memori yang tercipta :) *dah macam lagu shila amzah daa*

No comments:

Post a Comment