Baik aku catit sebelum aku terlupa!
29 January
Oh yang ni gambar paparazi snap. Iolls tengah call bf masa ni. Ahakz..
1 February
Pagi tu breakfast dulu. Nenek Anne tu sangat pandai masak. Dia masak lauk vege sangat sedap! K, exaggerate pulak kan. Dah lah boleh request semua makanan. Hahaha. Lepas tu boleh amek cereals suka hati banyak mana. Loll.. Best gila weh!
Rindu pulak kat nenek tu. Huuu... Silap tak amek gambar sekali hari tu.
29 January
Kami bertolak dari Cairo ke Heathrow. Btw, sebutan dia (hith-row) bukan (heth-row) okay. Transit kat Zurich, Swiss 2 jam.
Sampai Heathrow malam. Kejar nak beli oyster card. Kejar nak naik tube jugak. Menuju ke rumah sorang akak ni, dia amek PhD, tak kenal pun, just kenalan kepada kawan Maha. Haha. Memang muka tak malu sikit kalau dah backpackers ni. Redah je tumpang rumah sesiapa.
30 January
Pagi, pergi Queensway tukar duit. Lepas tu pergi Victoria Coach Station, sebab nak tukar tiket. Ada yang tersalah beli. Tengahari naik tube pergi Watford Junction. Sebab nak pergi Warner Bros Studio-The Making of Harry Potter.
Keluar-keluar studio, tengok-tengok langit dah gelap. Memang best gila pergi sini. Berbaloi-baloi lah. Lagi-lagi bila masuk bilik yg last sekali tu. Yang dia tunjuk kau Hogwarts punya bangunan. Peh cantik gila weiii.. Tapi aku takde gambar nak tunjuk sebab phone aku dah mati habis battery. Power bank pun takde. Sobs..
Malam tu, aku dengan Biela check in Malaysian Hall. Team backpackers aku yang lain masih tidur kat rumah akak PhD tu, haha tak ingat nama sebenarnya, aku panggil akak PhD je lah. Sebab aku nak ke Lake District dengan Biela. And team aku yang lain nak stay London lama sikit, and depa nak gi Stonehenge. So, kami berpecah.
31 January
Pagi-pagi pekena char kue teow dengan roti canai dulu. Hihihihi...
Alang-alang nak tinggalkan London, Biela pun bawak aku singgah amek gambar kat Big Ben dgn London Eye kejap. Masa tengok Big Ben tu, aku macam... apa yg special sangat? Jam besar jee punnn. Kemain lah si Biela suruh aku mai sini jugak kan. Tapi amek lah jugak gambar, posing-posing walaupun bangunan jee and jam jeee.. Hahaha.
Tengahari tu kitorang bertolak dr Victoria Coach Station ke Windermere, Lake District. Memang banyak tempat lah coach tu stop. Tapi aku suka je. Alang-alang tu boleh tour England sekali. Haha.
Malam tu kitorang check in kat Adam Place Guest House. Owner dia sangat baik and sangat peramah! Nenek tu nama dia Anne kalau tak silap. Husband dia aku tak sempat nak taaruf. Haha. Bilik dia sangat comel. WiFi pun laju. Malam tu sempat lah aku layan kisah William Wallace, tajuk Braveheart (cerita favorite mak aku) sampai tertidur.
1 February
Pagi tu breakfast dulu. Nenek Anne tu sangat pandai masak. Dia masak lauk vege sangat sedap! K, exaggerate pulak kan. Dah lah boleh request semua makanan. Hahaha. Lepas tu boleh amek cereals suka hati banyak mana. Loll.. Best gila weh!
Rindu pulak kat nenek tu. Huuu... Silap tak amek gambar sekali hari tu.
Lepas makan ada tour guide mai jemput kami. Maka bermulalah pengembaraan kami ke seluruh Windermere. Ecehh.. Walaupun forecast mengatakan snow akan turun pukul 11 pagi. Tapi kami tak peduli, kami redah jugak. Yelah, dah bayar kot. Rugi kalau tak pergi.
Banyak je lagi sebenarnya tempat yang takde dalam gambar. Aku berhajat kalau ada rezeki nak mai pulak sini time summer. Mesti lagi cantik kan. And lagi selesa nak berjalan. Time kitorang gi hari tu, memang betul-betul turun snow lah. And ada lah beberapa tempat yang jalannya kena tutup. So kitorang tak dapat nak pergi.
Tour guide tu bawak aku dgn Biela, and dua orang lagi indian. Suami isteri lah. So kitorang berempat je lah sepanjang tour tu. Haha syok gila. Mamat tu cerita itu second time dia datang Lake District. So aku pun terfikir nak datang second time pulak lah nanti. Dengan husband iolls pulak. Muahaha!
Ok. Petang tu kitorang naik bas ke Lancaster. Dari Lancaster naik train ke Manchester. Sempat buat reunion dgn budak SBPI Temerloh. Haha. Arep belanja nasi arab. Sedap gila weh kalah nasi arab kat Mesir! Tak tahu lah sedap sebab aku lapar atau sebab dia free atau sebab dia mmg sedap. Hehehe
Malam tu kitorang bermalam kat rumah kawan si Biela. Atirah namanya. Ha yang ni aku ingat. Sebab tuala aku tertinggal kat rumah dia. Sobs.. Aku dah pesan kat dia jangan buang, simpan lah buat kain lap kaki ke apa. Sobs.. :(
And the first kenalan aku yang amek course architecture. Power lah minah ni. Dalam bilik dia ada lukisan yg dia buat sendiri and aku sangat kagum dgn lukisan dia! Serious! Rugi tak amek gambar hari tu. Haha.
2 February
Kat Manchester lah aku buat gathering dgn team aku yang lain. Awal pagi kitorang dah amek bas nak bertolak ke Edinburgh, Scotland. Dan aku berpisah dengan Biela kejap, dia tak dapat join sebab dia ada kelas.
Actually, otw nak ke Edinburgh, kitorang transit kat Leeds. Tapi sebab kitorang tak perasan kat mana terminal bas kitorang, makanya kitorang terlepas bas nak ke Edinburgh. Terpaksalah beli tiket baru. Sobs..
Ini muka-muka berlapang dada sementara menunggu bas seterusnya ke Edinburgh.
Kitorang sampai Edinburgh malam. Lepas tu terus duduk hostel, tidur.
3 February
Bermulalah pengembaraan kami ke seluruh kota Edinburgh. Aku sangat excited! Sbb baru je lepas tengok citer Braveheart kan! Haha. Tp Edinburgh ni just city je lah. Kitorang tak sempat nk round habis pun. Tak sempat nak pergi highlands tengok nature pun. Tak sempat tengok pun tempat penggambaran cerita Braveheart.
Tengahari tu kitorang masuk Camera Obscura. Ha yang ni memang best. Memang tak dinafikan lah. Jakun gila. Excited gila. Ternganga. Menjerit. Semua ada. Nasib baik time tu tak ramai sangat orang lain yang masuk sekali dgn kitorang. Kalau tak mesti kena marah dah sebab buat bising. Loll..
Malam tu kami habiskan masa shopping kat Primark. Hajat seorang kawan nak cari gula-gula Skittles. Tapi lastly Skittles tak jumpa, kitorang pulak yang shopping menggila. Mana tak gila kau, blouse cantik-cantik semua 3 pound, 5 pound je. Cuba kau convert, mahu dalam RM15-RM25 jeeeee. Omg coat comel pun boleh dapat 5 pound! Best gila kalau dapat jadi students kat sana! T_T
Oh lepas habis shopping, kitorang balik hostel. Amek beg, and then terus ke airport. Tidur kat airport.
[To be continued]
athirah ainah n aishah?
ReplyDeleteAinah Aishah mana pulak? Org kenal Athirah je
Delete