Buatmu Anis,
Wahai diri...
1. Wajibkan QIAMULAIL untuk dirimu kerana ianya adalah bekalan untukmu dari sumber mata air yang tidak pernah kering.
2. Bacalah AL-QURAN setiap hari kerana ia membuatkan hatimu sentiasa mekar, lunak dan hidup.
3. Cubalah BERPUASA setiap hari Isnin dan Khamis kerana ianya membina suatu daya ketahanan yang kuat dalam melawan nafsumu.
4. Bacalah BUKU ISLAM kerana ia akan membuatkan fikiranmu tajam, pandanganmu jauh dan fikrahmu mantap.
5. BERMUZAKARAHLAH dengan sahabat-sahabatmu dalam perkara yang mengingatkan mutu amal dan da'wah; dan BERMESYUARAHLAH dengan mereka dalam tindakan-tindakanmu semoga setiap perkara yang dilakukan adalah di dalam lingkungan Amal Jama'i yang lebih luas dan lebih dicintai Allah dari Amal Fardhi (perseorangan).
6. REBUTLAH PELUANG untuk bertanya dan berbincang dengan saudara-saudara yang berfikiran luas, tajam dan kritikal, serta ustaz-ustaz yang banyak pengalaman agar dirimu dapat membina ilmu-ilmu dan pengalaman yang tidak dapat kamu perolehi dari pembacaanmu.
7. Jagalah AMALAN SUNATMU agar kamu dicintai Allah -- sunat rawatib, dhuha, witir, dll.
8. PERBANYAKKAN AMAL DARI BERCAKAP kerana bercakap tanpa amal adalah termasuk dalam hal-hal yang tidak bermanfaat lagi membuang masa.
9. UTAMAKAN ORANG LAIN DARI DIRIMU walaupun dirimu dalam keadaan susah, kerana itu adalah hal-hal yang utama di sisi Allah yang akan melepaskan kamu dari kesusahan di akhirat.
10. Jagalah AKHLAKMU kerana manusia akan tertarik denganmu bukan keran kepetahanmu bercakap atau ketinggian pangkatmu, tetapi kerana akhlak, kesungguhan dan pengorbananmu.
11. Jagalah MASAMU dengan baik kerana MASA ITU ADALAH KEHIDUPAN. Ia ibarat pedang yang akan memotongmu jika kamu tidak menjaganya. Janganlah kamu membuang masa dalam hal-hal yang tidak berfaedah. Buatlah jadual harianmu semoga setiap urusanmu teratur dan terancang.
12. Akhir kata, WAHAI DIRI, BACALAH TAZKIRAH ini setiap hari dan AMALKANLAH ianya di dalam kehidupanmu...
Dengan itu agar kamu akan menjadi INSAN RABBANI
Hassan al-Banna:
"Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu amal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul beban jihad yang sukar dan berat. Para mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi i'nayah dan hidayah oleh Allah."
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.

[Al-Qashash:56]
Nadirah Shahrom, 27/3/2010
p/s simpan di sini sebelum hilang

No comments:
Post a Comment