Kenal masa kat SBPI Temerloh dulu. Sama-sama budak baru. Sama kelas. Sama rumah sukan. Tak sama dorm pun. Dorm sebelah. Power gila subjek Biology. Sebenarnya semua subjek dia power. Dulu kitorang panggil dia Molly. Sejak dah dewasa ni, kena tukar gelaran pulak. Panggil dia Nabilah atau Biela atau Bella. Ikutlah mana selesa.
Selama berkawan dengan Biela, selain jumpa kat sekolah, kitorang jumpa jugak kat luar. Sejak kenal dengan dia lah aku berani jalan sampai Gombak. Biasanya spend time jalan-jalan, shopping, main bowling, tengok wayang. Oh ye, biasanya kalau raya pun aku datang rumah dia. Dia datang rumah aku.
Setakat tu je lah aku kenal dia.
Tapi bila dah datang UK baru-baru ni, baru aku tahu Biela ni macam mana.
Ingatkan budak suka color pink ni, minat spongebob ni, minat panda ni, minat beg Guess ni, gila-gila lah jugak.
Sekali kau,
kakak naqibah usrah kat Southampton tuuu
jadi rebutan antara dua jemaah pulak kau
kalau mengaji, tak main 1 surah, selalunya pakej straight 3-4 surah
tanya je waktu solat pukul berapa, dia boleh jawab dengan tepat
pembersih orangnya, tak suka buat sampah dan tak suka menyusahkan orang lain
dikenali dan disukai ramai
sentiasa jadi tempat orang luahkan perasaan dan masalah
Hah, setakat tu lah yang aku kenal dia bila bermusafir ke London, Lake District, Manchester and Southampton dengan Biela.
Power minah ni, power. Aku ingat nak contohi dia dalam bab mengaji tu. Aku biasa kalau mengaji 1 surah pun dah rasa puas. Rupanya kalau mengaji 3-4 surah puas dia lain macam eh. Lagi satu, kalau bab solat, biasa aku tahu waktu solat maghrib pukul berapa sebab nak bajet bila paling lewat aku boleh solat asar.
Nampak tak perbezaan dia?
Segan ana dengan enti.
No comments:
Post a Comment