06 December 2013

How Twitter Ruined My Life

Pertamanya, tajuk aku bagi dalam bahasa inggeris sebab itu je yang aku mampu tulis dalam bahasa inggeris. Isinya, in sha Allah bahasa melayu. Keduanya, aku nak start buka cerita. Duduk rapat-rapat, meh dengar cerita aku.

Nama aku Anis. Aku dah 5 tahun duduk kat Mesir. Life aku sebelum datang Mesir, tak payah cakaplah, aku rasa semua orang tahu kot. Sejak aku putus cinta, aku berubah menjadi seorang bidadari. Bidadari yang sentiasa berzikir, hatinya khusyuk ingat kepada Tuhan, malamnya sentiasa bertahajjud, paginya sentiasa dimulakan dengan surah Yasin, hatinya sentiasa yakin dengan cinta Tuhan. Begitulah perumpamaannya. 

Aku tahu, ada kata-kata yang menyebut kalau kita perasan baik, sebenarnya itu perasaan yang syaitan suntik dalam hati kita. Tapi aku yakin, ini bukan perasan baik. Ini nak bagi moral kat korang. Sama macam kau dilarang mengumpat orang, tapi kalau nak bagi pengajaran, diharuskan.

Hidup aku cemerlang gemilang terbilang selama 3 tahun memegang watak bidadari. Manisnya iman tu, subhanallah, Tuhan saja yang tahu! Benda lagho jarang sekali aku buat. Setakat tengok Adam Maya tu tak lagho mana lah. Facebook pun takde. Selalu menghabiskan masa memberi tazkirah di blog Words Of Plateau. Siap dengan description ‘Setiap nadi yang berdenyut itu hanya untuk Tuhan’ something like that.

Sampai satu masa, aku diperkenalkan dengan Twitter. Followers aku tak ramai mana lagi masa tu. Tapi Following ramai jugak. Zaman I follow you, you follow back. Biasalah tu. Sejak dah ada Twitter, aku tak pandang sangat blog. Aku selalu study sambil buka Twitter. Setiap kali aku perlukan semangat study, aku akan tweet kata-kata motivasi untuk diri aku. Kalau musim exam, aku akan puasa Twitter dari pagi sampai petang, lepas asar aku akan online dan tweet, “Banyak lagi tak habis cover.” “Selagi tak habis baca, selagi tu jangan online.” Lebih kurang begitulah bunyi tweet aku. Boleh kata aku seorang twitter yang berdisiplin lah jugak. Sampai boleh dapat top 5 masa mid year exam. 

Sejak itu aku makin seronok main Twitter. Pernah juga aku hasut kawan-kawan aku buat Twitter account. Banyak kali juga hasutan aku berjaya. Aku seronok. Hidup aku rasa lain. 

Sedar tak sedar, aku bukan lagi bidadari.

Watak bidadari tu semakin lama semakin hilang. Aku tak tahu kenapa, tapi kalau ikut tajuk cerita aku, memang aku salahkan Twitter, dan aku tak tahu bila dia hilang. Aku lupa bagaimana diri aku yang dulu. Aku lebih ingat tweet aku daripada aku ingat Tuhan. Malam aku tidur lewat sebab online sampai tak kisah tak bangun tahajjud. Bangun pagi, sebaik sahaja off alaram aku akan buka Twitter dulu, check interactions. Yasin entah ke mana. Aku dah tak khusyuk. Aku tak dapat rasakan manis yang pernah aku rasa. Cinta Tuhan? Aku tak rasa. Bukan aku tak yakin, tapi aku tak rasa! Cinta itu hilang dan aku tak tahu macam mana nak cari cinta tu balik.

Sekarang rutin aku lain. Rutin aku kucar-kacir. Aku pernah cuba deactivate Twitter tapi aku tak nampak hasilnya. Boleh aku kata, life aku sekarang lebih teruk daripada life aku sebelum aku pegang watak bidadari. Takkan aku kena putus cinta kali kedua baru aku nak jadi bidadari balik kot? Dibuatnya aku frust menonggeng sampai aku lupa Tuhan, hah macam mana?

Aku sesat. Tak tahu jalan patah balik. Aku lupa perasaan semangat nak bertemu Tuhan seperti dulu. Rasa suka, rasa cinta mengadu kepada Tuhan. Serious aku lupa. Aku cuba berlakon buat-buat suka berdoa, buat-buat suka mengadu, buat-buat terharu bila baca kalamNya, tetap aku tak rasa apa-apa. Aku rasa kosong. Rasa seoalah-olah aku telan satu potion yang membuatkan aku lupa segala-galanya. Potion yang sangat lazat, yang memusnahkan aku. Bukan jasad, tapi roh aku.

Tuhan, andai kata Kau dengar, andai kata Kau masih melihat aku, aku dah terlalu jauh daripada Mu. Aku kalah dalam peperangan ini. Aku kalah dengan kehendak nafsu ku. Aku tak rasa Kau redha dengan amalanku. Aku tak rasa Kau berkati usiaku. Sebab terlalu banyak amalan sia-sia yang aku lakukan. Tapi kau masih berikan aku nyawa untuk hidup. Aku tahu itu petanda kau masih beri peluang untuk aku kembali ke jalan yang lurus. Tapi apa yang aku harus lakukan? Bagaimana aku harus mulakan? 

Aku pendosa sejati. Tapi aku berharap Kau berkati amalanku. Aku pendosa sejati. Tapi aku berharap Kau izinkan aku mencium bau syurga-Mu. Tapi aku pendosa sejati. Yang masih selesa dengan dosa-dosanya.

TOLONG BERITAHU AKU INI BUKAN SALAH TWITTER.

Sebab Twitter sekarang dah bosan duh! Tapi aku still macam ni. Macam lopak air yang bertakung.






7 comments:

  1. x sngka bgitu mdlm kesan bila ak tinggalkan ko?? haha *perasan*

    em bace post ko ni cam bace tafsir surah al- insyiqoq lak.

    no comment bcoz im not a good inspirer nor motivater huhu
    just left with this ayat:
    "sesungguhnya kamu akan melalui (pengalaman hidup) setingkat demi setingkat" (84:15)

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya sbb kawan dgn kau lah aku jd rosak smp mcm ni. Hahahaha takde ah. Main je..

    Tak sangka pulak kau ada masa nk cek blog aku. Lol erm tenkiu share ayat tu

    Rindu aa korang :*

    ReplyDelete
  3. aku pun ade kisah sendiri pasal twitter. =)
    dan ak ambik keputusan deactivate masa final exam tahun lepas dengan nawaitu nak bukak akaun baru lepas exam. tapi rasa selesa pulak bila takde twitter. byk haters ah kat twitter. (kunun artis). jom ar join aku.
    kita hidup dalam realiti sikit lah.
    weh, serius rindu nak lepak n pasang angan2 kembara dunia dengan kau. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'banyak haters'
      hahaha

      aku cuba dah deactivate. tp tangan gatal jugak nak mentuit. heee tak cukup realiti ke hidup aku? sobs.. banyak fantasi rupanya :(

      hutang kembara bukit broga kita belum selesai lagi weii haha. tadi dalam kelas tetibe aku teringat kat korang. macam tak percaya je bila fikir yg kita takkan sekelas dah lepas ni. takkan belajar sesama dah lepas ni. hilang kawan nak berborak :(

      Delete
  4. hari tu annn, masa panjat bukit kutu. (aku, n yah) tetiba sebut nama ko. *kutuk sebenarnya.
    cakap, kalau naqiyan ada mesti dia merungut panjat nih. haha. aku sampai nangis2 nak turun bukit tu. sakit weh. berdoa je la tk terserempak dgn budak laki yang nampak aku menangis. aku kena gigit 5 ekor pacat. sobs. rosak tangan kaki aku.

    *tibe nak cerita kat kau pasal panjat2 ni pesal nth.

    kita pun plan nak g FRIM kan?? aiseyhhh. kena buat masa study jugak a weh. kerja skrg one day off jek. tak sempat nak g nnti.
    kalau taknak deactivate pun ok. leh aku taw cerita kat dunia twitter. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eeeeeeee 5 EKOR PACAT?! Omaigod! Kenapa korang tetibe pi naik bukit tu? Dahsyatnya sampai nangis-nangis. Curam sangat eh?

      Inshaallah. Aku teringin sangat nk pi FRIM tu. Lagipun pakcik aku kerja sana. Senang la nak suruh dia bawak jalan-jalan. Hihi

      Delete
  5. tersentuh aku baca entry nii, sobss T_T

    ReplyDelete