08 September 2013

Note #2 : Indahnya Ayat Kursi

Sebahagian daripada perkongsian bersama Ustaz Nouman Ali Khan. Tajuknya The Final Miracle. Dalam kata lain, keajaiban kitab alquran. Lebih khusus, keajaiban dari segi language perspective, bukan scientific mahupun bilangan ayat dalam alquran dsb.

Amaran: Pastikan tafsir alquran berada di tangan anda sekarang.

--

Contoh #1

Ayat Kursi [Al-baqarah:255]

Kita tahu ayat kursi terdiri daripada 9 ayat. Formula yang ingin saya kongsikan,

ayat 1 + ayat 9
ayat 2 + ayat 8
ayat 3 + ayat 7
ayat 4 + ayat 6
ayat 5

Dalam kata lain, ayat 1 ada kaitan dengan ayat 9. Ayat 2 ada kaitan dengan ayat 8. Dan seterusnya.

Setakat ni faham?

Explanation.

Ayat 1, اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

Hujungnya terdapat dua nama Allah bukan? -- الْحَيُّ الْقَيُّومُ

Ok, sekarang tengok ayat 9, وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Di hujungnya juga terdapat dua nama Allah bukan? -- الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

--

Ayat 2, لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ

Sinatun bermaksud mengantuk/mamai/drowsiness.
Naum bermaksud tidur.
Kedua-duanya ini merupakan sifat makhluq. Bukan sifat Allah.

Ayat 8,  وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا

"Dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya."

Dalam kata lain, guarding the world does not exhaust Allah. Allah tak ngantuk, dan takkan tertidur dalam menjaga langit dan bumi.

Setakat ni anda nampak kaitannya? Ok jom tengok ayat seterusnya! :)

--

Ayat 3, لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ

"Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi."

Dalam kata lain, Allah nak beritahu kita, dialah المالك (The Owner).

Ayat 7, وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ

"Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi."


Dalam kata lain, Allah nak beritahu kita dialah الملك (The King)

#footnotes:

Apa beza المالك dengan الملك ?

The Owner, lebih kepada own perkara-perkara kecil. And about property.
The King, lebih kepada perkara-perkara besar. And about people.

Dalam kata lain, ayat 3 mengisahkan tentang His ownership, ayat 7 mengisahkan tentang His kingdom.

Dapat?

--

Ayat 4, مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ

"Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya."

Syafaat, mengikut maksud yang ustaz bagi, 'get connection'.

Contohnya, kita hampir-hampir dibuang kerja, tapi sebab pakcik kita manager syarikat tu, kita tak jadi dibuang kerja. Sebab kita ada connection dengan orang atasan.

Dalam kata lain, tiada siapa yang akan dapat syafaat, melainkan dengan izin Allah.

Ayat 6, وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ

"Mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)."

Dalam kata lain, tiada siapa akan tahu tentang sesuatu ilmu melainkan Allah nak dia tahu.

Faham ke? *nada akhawat mesir*

--

Ayat 5.

Okay ini gempak. Serious gempak.

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ

"Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka."

Walaupun maknanya begitu, tapi as if Allah nak bagitau kita, yang Dia tahu empat ayat sebelum, dan empat ayat selepas ayat yang kelima. 

Faham ke?

Gempak kan?

--

Subhanallah. Memang terbuktilah alquran datangnya daripada Allah, kalam Allah. Bukan rekaan Rasulullah SAW. 

Sebenarnya kalau ikut pesan ustaz, keajaiban alquran bukan hanya limited pada pemahaman yang dia dah kongsikan kepada kita. Hakikatnya keajaiban tu jauh lebih luas, lebih besar, lebih menakjubkan, beyond our expectation, beyond our knowledge. 

Walaupun mungkin explanation aku macam tak masyuk mana, tak gempak macam ustaz bagi, tapi aku harap sesiapa yang baca ni, bolehlah rasa macam mana aku rasa walaupun 2%.

Memang nak tak nak, kitalah yang kena rajin kaji, rajin rapatkan diri dengan alquran.

Walaupun kita memang dah bergelar muslim (alhamdulillah), tapi ilmu-ilmu macam ni lah sebenarnya yang bikin hati kita lagi puas, lagi bertambah iman harapnya. Sebab sudut pandang kita pun akan berbeza.

Contoh kisah Nabi Ibrahim A.S, pernah bertanya kpd Allah macam mana Allah menghidupkan dan mematikan. Allah pun tanya balik dia, kamu tak beriman ke? Kenapa tanya macam tu kan. Nabi pun jawab, bukan sebab tak beriman, tapi dengan harapan agar hatinya lebih tenteram setelah dia tahu. [Al-baqarah:260]

Dalam kata lain, ilmu tentang keajaiban alquran ni bukan ilmu suka-suka nak takjub dsb, tapi dengan harapan hati kita akan jadi lebih yakin, fikiran kita lebih terbuka, supaya yang kita lihat itu rahmat Allah, bukan azab, neraka, seksa semata-mata. 

Tak gitu?

Mohon perbetulkan dan tambah kalau ada salah atau terkurang. Maaf notanya bercampur melayu, arab, english. Nampak sangat salin bulat-bulat drpd nota kat buku kan. Hee. Moga bermanfaat. 

Wassalam. :)

1 comment:

  1. refreshment is what i got in this early mornin'.tenkiuu kak qiyan ;)

    ReplyDelete