16 September 2013

Mahu Tak Mahu

Mak ada offer aku mengajar kat sekolah dia. Subjek Math. Aku tolak. Subjek Bio. Lagilah aku tolak. 

Asal entah semangat nak bekerja hari ini tak sama macam semangat nak bekerja masa lepas SPM dulu. Dulu, kemain, tak dapat jadi cikgu tadika, sanggup pergi Bangsar, apply kat GSC, apply kat Metrojaya. Rasa tak best kat Bangsar, masuk kat Kajang. Apply Secret Recipe. Sudahnya DD. Terus lulus interview, boleh start kerja. Padahal memang DD dari dulu sampai sekarang sengkek staff. Apa masalah dia pun aku tak faham.

Seronok tak terkata kot dah dapat kerja. Gaji sejam RM3.50 pun rasa nikmat gila!

Tapi sekarang, hampeh! 

Apa dah jadi dengan Naqiyan Anis?

--

Cuti ni ada terserempak dengan Abang Hatta, Hafiz. Bukak almari baju, ada lagi kemeja-T DD yang dulu. Tag nama pun ada lagi.

Adakah ini petandanya? 

Cuti lagi sebulan kot. 

Hati rasa berat. Sebab malas. 

Alasan untuk sedapkan hati; seluar slek takde, transport takde. 

Conclusion? 

1 comment: