Mereka duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.
Kepada mereka diedarkan gelas yang berisi air dari mata air Syurga.
Warnanya putih bersih, sedap rasanya bagi orang-orang yang minum.
Tidak ada di dalamnya unsur yang memabukkan dan mereka tidak mabuk kerananya.
Dan di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang bermata indah, dan membatasi pandangannya.
Seakan-akan mereka adalah telur yang tersimpan dengan baik.
Lalu mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bercakap-cakap.
Berkatalah salah seorang daripada mereka, "Sesungguhnya aku dahulu di dunia pernah mempunyai seorang teman."
Yang berkata, "Apakah sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang membenarkan hari berbangkit?
Apabila kita telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang-belulang, apakah kita benar-benar akan dibangkitkan untuk diberi pembalasan?"
Dia berkata, "Maukah kamu meninjau temanku itu?"
Maka dia meninjaunya, lalu dia lihat temannya itu di tengah-tengah Neraka yang menyala-nyala.
Dia berkata, "Demi Allah, engkau hampir saja mencelakakanku,
dan sekiranya bukan kerana nikmat Tuhanku pastilah aku termasuk orang-orang yang diseret ke Neraka."
Maka apakah kita tidak akan mati?
Kecuali kematian yang pertama saja di dunia, dan kita tidak akan diazab di akhirat nanti?
Sungguh, ini benar-benar kemenangan yang agung.
******
Ini bukan dipetik daripada mana-mana novel mahupun artikel blog saifulislam atau mana-mana karya jalanan. Ini dipetik daripada kalam suci Al-quran.
Kejap ya, sambung lagi satu ayat. Last.
Untuk kemenangan serupa ini, hendaklah beramal orang-orang yang mampu beramal.
Sodaqallahulazhim.
******
Aku nak masuk Syurga. Tapi aku malas nak beramal. Rasa nak tumbuk dahi sendiri laju-laju!
No comments:
Post a Comment