03 June 2013

Rango

Selepas tengok cerita Rango, aku jadi sangat menghargai setiap titisan air yang ada. Hari ni suhu Cairo katanya cecah 44 degree. Memang hari ni hari yang paling banyak air aku minum. Serai-serai aku pun aku bagi air lebih daripada hari-hari biasa.


Entah kenapa setiap kali tengok air, rasa tak sampai hati nak bazirkan air yang ada. Kering-kering tekak pun, masih ada air boleh minum. Kalau bekalan air mineral dah habis, paling tidak kau boleh teguk air paip masa ambil wudhu kan.


Bak kata Mayor, "with water, there's life."

Syukurlah bumi Cairo bukan macam bumi Rango. Haha. Tetibe..

Lagi sedih kalau mengenangkan orang yang takde rumah, duduk tepi jalan, musim panas pulak, kalau dahaga, lapar? Mana nak cari air, makanan? :(

Okay, lagi 3 hari nak exam. Mohon tembakan doa daripada semua orang!

2 comments: