10 March 2013

Black day

Mimpi semua pelik-pelik. Sikit lagi nak teriak menangis. Terus aku decide nak bangun tidur time tu jugak. Bukan setakat celik mata. Memang terus bangun dan duduk di tepi katil. Aku menekup muka aku dengan kedua tapak tangan. Istighfar banyak-banyak. Dalam kepala masih teringat jalan cerita mimpi tadi.

Ah!!! Benci betul tidur lepas subuh. Mimpi macam ******.

Aku terus berjalan keluar bilik. Mencari tepung. Jerang air panas. Sebab hari ni turn aku masak. Daripada semalam aku dah set nak masak cekodok je. Cari tepung tak jumpa. Rupanya ada sikit separuh plastik,tersimpan kat rak bawah sekali.

Aku pun potong bawang. Potong kentang. Gaul tepung dengan air panas dalam keadaan syak dan penuh keraguan. Asal tepung ni berketul-ketul? Betul ke letak air panas? Aku teringat scene aku masak cekodok dengan Yah. Dia ajar aku letak air panas. Cekodok kami menjadi je masa tu. Malah sedap pulak. Hurmm. 

Aku terus gaul, dan tambah air. Gaul, dan tambah air. Sampai nampak macam cun, macam cekodok normal.

Lepas panaskan minyak, aku letak cekodok satu-satu guna sudu besar. Teringat lagi scene masak cekodok dengan Yah. Yah pesan suruh guna sudu kecik. Katanya rupa akan lagi comel dan cantik kalau guna sudu kecik. Walaupun aku tak percaya cakap dia masa tu, tapi bila try mmg sungguh aaaa comel betul cekodok kami. :B

Ok. Cerita cekodok aku pagi ni, dia tak padu macam cekodok normal. Bila masuk dlm minyak panas, dia berderai dan melekat pada kuali. Aku syak tepung tu terlebih air. Dan rumah kami takde tepung lebih. Dan kedai runcit basya mmg tak bukak lagi pukul 8. 

So aku give up. Buat muka sedih dgn housmate. Capai susu dalam peti ais. Makan cereal. 

Siapa lapar boleh makan lauk lebih semalam je lah. Hm. 

Aku tak mau masak cekodok dah pasniii................... Sobs.

14 comments:

  1. awak reti masak tak sebenarnya?

    ReplyDelete
  2. bakal suami dah tanya ko reti masak ke tak.haahh sudahhh naqiyan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dia tersilap blog tu.
      link blog bakal bini dia dekat-dekat dgn link blog aku agaknya.

      Delete
  3. mungkin tu tepung jagung..mungkin la

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tgk dah depan plastik tu tulis (dal-qaf-ya-qaf) di'iq=tepung gandum k.

      tapi takpe je. ala kulli hal,cekodok aku berjaya diadjust atas ptolongan housmate. dah selamat masuk perut dah pun.

      Delete
  4. tumpang simpati. haha

    ReplyDelete
  5. letak air panas, cekodok jad lembut sgt...org tua xde gigi pun boleh makan. ni kes terlebih ayaq ni...btw, rajin betul akhawat masak pagi2 breakfast utk ahli bait...

    ReplyDelete
  6. haha, yg ni lawak. Aku ingatkan org laki2 je yg slalu fail xD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiii sape kata... bukan calang-calang orang yang reti masak cekodok ni tau

      Delete