Tarik nafas dalam-dalam. Hembus nafas habis-habis.
Aku rasa aku ada penyakit 'ikramophobia' ataupun 'ismaphobia' atau apa-apa sahaja persatuan yang ada di mesir selain drpd perubatan. Mungkin sbb sejak mula-mula aku jejak ke tanah mesir, dah ada senior yang bagi wasiat untuk tidak join mana-mana persatuan selain drpd persatuan perubatan.
Konsepnya samalah macam budak kecil yang diajar untuk tidak menyebut perkataan 'kurang ajar'. Jadi si budak takkan berani menyebut perkataan tersebut sampailah dia besar. Bagi dia perkataan tersebut sama pangkatnya seperti menyebut perkataan 'babi'. Padahal, kalau dia sebut perkataan 'kurang ajar' takde lah dosa manapun. Takde lah kurang ajar macam sebut perkataan 'babi' pun.
Mungkin sebab dah dilentur buluh dari rebungnya.
Mungkin kalau aku tak terima wasiat itu dulu, mungkin mentaliti aku sekarang berbeza sikit. Dan tak wujud kot istilah 'persatuan-selain-perubatan-phobia' dalam kamus hidup aku.
Tipulah kalau aku kata aku tak jeles dengan aktiviti-aktiviti depa. Seronok kot. Mungkin seronok gila. Dalam diri aku kata,'tak salah kalau aku join,join program je,bukan join usrah pun'. Tapi dalam diri aku juga berkata,'hari ini program,esok lusa apa pula?' Walaubagaimanapun aku kurang pasti mana satu kata akal,mana satu kata hati,dan akhirnya aku hanya berkata tidak dan tidak. Menolak segalanya walaupun sekecil-kecil perkara,walaupun aku tak nampak apa mudaratnya,walaupun aku tak nampak apa keburukannya. Aku hanya tahu menolak.
Seriously, aku tak nampak apa yang tak eloknya pada persatuan mereka (baca : ikram) dan aku terasa sangat teruk pasal aku menolak setiap ajakan mereka dalam perkara-perkara yang kalau aku fikir,'salahkah di sisi islam perkara yang depa buat ni?' Aku tak nampak di mana salahnya. Itu masalah aku.
Akhirnya aku hanya dapat buat kesimpulan, mungkin bukan sekarang masanya. Mungkin lepas balik malaysia nanti, ikramophobia itu dah tak wujud. Entah kenapa aku tetap berasa TAK ada yang buruk pun pada persatuan mereka, tapi entah kenapa juga macam ada sesuatu yang menghalang aku drpd join mereka.
Mungkin sebab 'mak bapak' dah kata jangan. Maka aku pun tak berani buat. Ye aku lurus bendul. Itu masalah aku lagi satu.
Bukanlah aku nak sekalian manusia faham keadaan aku. Sebab banyak lagi perkara lain yang sekalian manusia perlu fahamkan drpd nak memahami keadaan aku. Jadi tulisan ini hanyalah sekadar tulisan. Untuk memuaskan hati sendiri yang tak berapa nak puas.
Nak cakap lebat pasal politik, hat ni pun aku tak settle lagi.
Jujurnya aku jeles tengok depa yang boleh join persatuan masing-masing dengan riang ria rayanya tanpa ada rasa gelisah mahupun dilema macam yang aku alami. Cukuplah setakat ini. Wassalam.
p.s Perubatan kira mcm mak bapak aku. Persatuan lain mungkin makcik pakcik aku. :/
nice.. ekekeke
ReplyDeletekadang-kadang allah dah campakkan dalm hati terasa nak ikut tapi kita menolak sebab kita rasa benda tu salah.mungkin perlu kaji betul-betul balik sebelum terus menerus berpegang dgn wasiat senior tu.try tengok pendapat-pendapat lain jugak.taqliq tanpa faham betul2 x blh jgk nt kita jgk yg rugi.:)
ReplyDeletep.s ~ kami riang ria raya join sebab kami yakin apa kami buat tak salah.moga anda dpt keyakinn yg sama jugak 1 hari nt x kesah di malaysia atau di sini.dan tugas kami akan terus mengajak.itu sebagai janji.
p.s 2 ~ rs tak salah dlm islam tapi 'mak bapak' larang join..itu pelik ^__^
http://serambidakwah.blogspot.com/2012/06/pendapat-pendapat-ulama-mengenai-taadud.html
ReplyDeleteboleh tgk dua2 pendapat.yg mengharamkan dan mengharuskan..boleh pilih nak berpegang yg mana 1.dua-dua pun tak salah :)
tak adil rasanya kalau kau tolak hanya sebab "wasiat" tu.
ReplyDeleteteruskan mencari yg betul. jgn taqliq semata mata.