28 October 2012

Aidiladha 1433H

Assalamualaikum!


Haaa... Sekarang musim raya haji. Raya kat sini macam biasalah. Kata orang tua-tua,meriah bebenor. Kira untunglah kami bebudak Malaysia. Balik Malaysia dapat sambut aidilfitri dengan meriah. Balik Mesir pun dapat sambut aidiladha dengan meriah jugak. 

Tapi kalau meriah lebih-lebih pun tak guna jugak kalau setakat suka-suka je. Ibadahnya tak dapat nak hayati mana pun kan. Hah. Takpe lah bab muhasabah ni citer belakang lah. Haha.  *nak cover sebenarnya*

Khoruf-khoruf ternakanku sebelum diqurbankan.

So masa first day raya,macam biasa lah. Tak pernah masak apapun kat rumah. Memang simpan space perut nak makan kat rumah orang je. Muahaha. Pagi tu lepas solat subuh terus amek turn nak gosok baju raya. Sini solat rayanya memang awal gila. Aku tahu je awal tapi tak pernah nak ingat standard kat sini solat raya pukul berapa. So this time aku nk tulis kat blog,so that next year kalau panjang umur,pepagi raya aku akan bukak balik post ni nak tengok timing solat raya pukul bape. Hah. So hari tu kitorang solat dalam pukul 6.30pagi. Eh NO. Actually 6.15pagi dah wajib keluar rumah. Pasal hari tu pun aku keluar rumah dalam pukul 6.30pagi and sempat follow imam time rakaat kedua. Hmm.

After solat terus balik rumah malas dengar khutbah apa bagai. Hihi. Pagi tu masak nasi lemak. Actually I tolong rebus telur dengan keluarkan ikan bilis dari peti ais je. Yang lain semua Faten Dayana yang masak. Tetibe dapat call dari Dayah. Dia jemput datang beraya ke rumah sebab dia masakkan LAKSAAAAAA. :D Huhuhu dah lama kempunan nak makan laksa sebenarnya. Before pergi rumah Dayah,aku sempat gi jumpa Amalina dulu. Member sekolah kat Intergrasi Temerloh dulu. Now dia study kat India. Dah nak balik India baru dapat tahu yang dia datang Mesir. Salah aku jugak takde Facebook number tepon apa semua. Amalina pun tak tahu camne nak contact aku. :(


Me & Amalina. :)

Jodoh di tangan Tuhan. Bukan Facebook penentunya. Lol.


Hari tu aku beraya dalam 5 rumah jugak lah. Rumah Dayah. Makan laksa,bolognese,satay goreng,dgn lontong. Rumah Zie. Makan rendang nasi impit dgn lontong jugak. Rumah Nisa. Makan nasi minyak. Rumah kak Rai. Makan rendang. Rumah Kema. Makan nasi lemak dengan mee kari and bubur jagung. And hakikatnya aku telah merasa kesemua menu-menu ni. And of course malam tu mmg perut gua bloating habis!! >_<" Nak muntah sampai tak boleh nak tidur. :(((

Makan laksa Dayah masak!! XD

Menu rumah Zie. Rasa nak makan lagi lah pulak. ._.

Petang tu pulak kena bersiap-siap pergi bakan Terengganu. Pasal aku qurban dengan bakan Terengganu. Sekali dengan Husna,Naz,Yah. So kena datang sana utk buat akad jual beli kambing and pilih kambing mana yang nak diqurbankan. Sebenarnya ni kali pertama lah aku buat qurban. Orang kata eloknya pilih kambing warna putih. Sihat. Masa aku dok pilih tu semua nampak sihat je. Cuma sekor tu lah macam agresif lebih sikit aku rasa dia tak ready nak kena qurban agaknya. Lepas tu semua kambing color hitam je aku tengok. So lastly kambing hitam jugak lah aku amek. Tanduk comel kemain. Luls.


Semasa sesi memilih binatang qurban dan akad jual beli.

Malam tu terpaksa tidur bakan Pahang (sebelah je dgn bakan Terengganu). Tumpang tidur rumah Izzah. Pasal ustaz nak sembelih binatang qurban kami pukul 6 pagi. So kalau balik tidur kat rumah sendiri takut tak sempat pulak nak gi tgk sembelih pagi tu. Nak tak nak terpaksa lah tidur sana. 

2nd day raya. 


Sementara menunggu turn kambing and unta kami.

Setelah niat wakilkan ustaz untuk buat penyembelihan,aku ada jugak tanya Naz,Yah,Husna apa kita nak buat time binatang tu disembelih. Antaranya;

1. Masa binatang disembelih tu,baca niat moga qurban yang kita buat ni diterima oleh Allah.

2. Bilamana darah binatang tu mengalir,doa banyak-banyak apa-apa doa yang kita nak.

3. Hilangkan rasa kesian kat binatang qurban kita masa dia nak disembelih. Sebab qurban kita tu adalah ibadah. Kalau kita kesian umpama kita belum sedia nak mengurbankan dia. (part ni mmg memerlukan jihad yg agak tinggi)

Lastly alhamdulillah. Semuanya settle dengan baik. Ini gambar time qurban tadi. 

Kambing kita! ;D Tanduk tu kalau jual mau kayo rakyat jelata dibuatnya.

Unta Husna and the gang.
Selesai ibadah qurban. Alhamdulillah. Tengahari tu ada jamuan raya Perubatan sikit. Petang tu beraya rumah kak Nah kejap. Dah nak malam baru lah dapat balik rumah. Huh.

Mata dah mengantuk gila. Memang perlu la kaaan update blog time penat penat camni? -_-" Panjang gila pulak tu entry nya. Haha. Kbai malas nak mengarut dah.

Kullu sanah we entum toyyibin. Selamat hari raya aidiladha! :D

P/s ; Lusa ada jamuan lagi. Bila mau diet ni? *sigh*

2 comments: