11 July 2012

Hey vacation hey!

Aku tak tau apa beza update blog dengan update Twitter. Haha. Tapi mungkin lah feeling dia lain. Kalau update blog kita tahu mmg takde orang nak respond. Tapi Twitter rasa macam mmg ada mata-mata yang memerhati. Tak selamat orang kata. Hmm.

Okeh cuti dah bermula. Walaweh! Tak plan mende pun utk cuti kali ni. Takkan nk duduk rumah membesarkan badan je kan. Kena start planning aktiviti-aktiviti yg menarik lagi bermanfaat lagi menambahkan keimanan. Peh. Tapi masalahnya aku rasa malas nk plan. MALAS TAHU.

Tetibe suara ilham datang ; "If you fail to plan, you plan to fail."

Ahhh! Padahal banyak je kerja tak settle lagi ni. Atas diri sendiri je nk start buat ke tak.

Boleh faham tak situasi seorang budak medik yang dah berhempas pulas memerah keringat exam selama 2 bulan tetibe dapat masa utk cuti. Boleh faham tak apa yang terbayang di benak nafsu dan jiwa aku sekarang ni? Nak rehat nak tidur sepaaaaaanjanggg hari. -____-"

Hanya satu je yang boleh halang aku daripada terus ikutkan nafsu utk rehat dan bermalas-malasan camtu ; IMAN. Hidup biarlah ada target kerna Tuhan. Nak tak nak kena cuba perbaiki diri sebab kita ada target utk kehidupan di akhir sana. Berapa kali jatuh pun kena cuba bangun balik. Berapa kali buat dosa pun kena cepat-cepat taubat balik. Berapa kali buat jahat ikut nafsu pun kena cepat-cepat cari jalan keluar.

Allah..Allah..nampak tak rahmatnya agama kita? Rahmatnya iman yg Allah kurniakan kat kita kan. So tolonglah Naqiyan Anis. Ramadhan nk dekat. Manfaatkan betul-betul cuti kau!

Untunglah weh siapa yg dah nak balik Malaysia tu. Balik rumah berbakti lah kat family. Jangan lagho cari makan rembat ABCDE satey roti canai semua sampai lupa nk balik jenguk mak ayah. Huhue~

YANG PALING PENTING ; DOAKAN UNTUK SEMUA KAWAN-KAWAN BOLEH LULUS EXAM. 

Kot-kot lah sibuk sangat buat stok mercun ke bunga api ke beli baju raya ke sampai lupa nk doakan member kan. .___.

Okey stop mengarut. Salam.

1 comment:

  1. anis kalu bab mengarut,,bagi! haha...weh,,bawok mercun untuk aku etep..hehe

    ReplyDelete