12 April 2012

Pretzel,Mocha Flake dan Red Velvet.

Assalamualaikum.

Memang dah lama nk lepas gian meng-update blog. Haha. 

Alhamdulillah,lega jugak lah sbb malam ni boleh berehat tanpa buku depan mata. Peh gaya mcm 24 jam lah bukak buku kan. Hah,at least boleh tidur dgn nyenyak sikit lah kan. 

Esok 'weekend' kami. Ya,mmg weekend kalau ikut Islam sepatutnya hari Khamis dgn Jumaat. Sbb tu kami cuti hari Khamis dgn Jumaat. (kelentong habis) So malam weekend haruslah pergi rehatkan minda,makan angin. Hehe,puas jugak lah aku gi round Maadi. Kebas pretzel Auntie Anne's,minum mocha flake kat Costa,lastly beli cupcakes kat Nola. Oh ye kedai cupcakes tu baru nk officially opened hari ni. Untunglah mmg langkah kanan la pergi hari ni. Hehe.. :D

Credit to S2 Nazira Hanim. ;)

Itu antara some goodnews lah untuk aku. Haha,tapi ada jugak badnews nya. Hidup tak selalunya manis. Warna kalau takde tona cerah gelap pun tak cantik kan. Cehhh..gituuu..

Petang tadi masa lecture Patho,tiba-tiba aku rasa sakit perut gila. Mula-mula ingat sakit perut biasa. Tapi sampai ke sudah,dah nak balik rumah tu pun sakit perut lagi. Sakit yg mmg pedih lah. Rasa mcm nk ikat perut dgn batu pun ada. 

Aku mengadu kat Izzah. Lepas Izzah check and tanya aku sakit kat mana,katanya aku di-diagnose sakit gastric. Sebab Izzah pun mmg ada gastric. Lepas tu dgn muka terkejut dan tak boleh terima kenyataannya,aku pun try lah tanya org lain jugak,org lain yg ada gastric pun diagnose benda yg sama jugak. Ohhhhh..sedih gila rasa. Tak sangka umur semuda 21 tahun dah kena penyakit gastric. Tak pernah aku expect aku dapat penyakit tu. T______T

Mmg lama jugak lah aku menahan sakit perut td. Sambil dlm perjalanan nk ke Maadi,Naz ada jugaklah bg nasihat mcm mana tak nk bg kena gastric. Antaranya kena rajin minum susu,jgn minum air sejuk,kena breakfast berat like a king,lunch like a minister,dinner like a poor! Then kena kunyah makanan slow-slow,jgn laju je nk telan,nnt berangin. Hmmm,byk jugaklah pantang larang dia kan.

Lepas makan-makan kat Maadi tadi,mmg terus hilang lah sakit perut aku. Alhamdulillah. Agaknya apa lah predisposing factor utk gastric aku ni kan. Nk kata stress,sebelum ni stress jugak,tp tak pulak gastric. Nk kata jadual makan tak betul,itu aku tak pasti lah kan. Tp banyak je aku mkn,takde plak diet-diet. Haih lah,aku pun tak sure apa sebabnya. (padahal baru td exam tajuk GIT disease tp still fail nk jawab penyakit sendiri) -.-"

Hmm,so moral of the story,jagalah kesihatan sejak muda lg. Umur dah cecah 20 ni mmg macam-macam lah penyakit nk datang. Belum bukak cerita kencing manis lg,darah tinggi lagi kan. Haih,mintak jauh lerrr. Jaga pemakanan ye. Bak kata artikel Saifulislam yg mana beliau pun petik dari ayat Alquran,kita kena makan bukan makanan halal je. Tapi 'halalan toyyiban'. Makanan halal yg baik,yg sihat. Kalau manusia ni ikut sunnah nabi,mcm mana cara nabi makan dan sebagainya,inshaAllah lah umur pun panjang kot,sihat sampai ke tua lah inshaAllah. So pandai-pandailah control nafsu makan ye. Eheh,bg advice like a pro. Bajet control nafsu tu senang lah? 

Kalau ikut ayat Syeikh Habib Al Jufri kata,"Say to your nafsu,i love you,but i love Allah more." Kalau agak-agak tak boleh nk kata gitu,at least cakap lah,"I love you,but i love myself more." Haha,try lah buat,kalau tak jadi jugak,see u kat hospital lah in the future. (n_n)V

So that's all,moga mak abah family kat Malaysia sihat-sihat belaka. Adik tak sabar nak balik ni..!! Rindu sangat sangat sangat. Tiap-tiap hari homesick. T__T

Ok,wassalam!

2 comments:

  1. Org malaysia standard lah kena gastric

    ReplyDelete
  2. bila dh kene.. kene jaga2.. bila kita pandai mengundangnya, maka kene pandailah menjaganya.. hehe..yeah we can do it..! mst ad hikmahnya..mngkin Allah nk 'tarbiyah' kita jd org yg blh mngawal stress.. myb.? insyaAllah

    ReplyDelete