Pertama kali baca kisah Rabiatul Adawiyah,aku rasa tak sedap hati. Rasa nk tutup buku terus. Kenapa beliau sanggup berbuat sedemikian? Berkorban sampaikan kehidupannya tak seperti wanita-wanita lain. Perlukah seagung itu cinta dia buat Allah sampaikan menolak cinta daripada yang bernama lelaki?
Aku hairan,dan sampailah sekarang baru aku terfikir,serta-merta pandangan aku berubah. Apa yang terlintas,
"Untunglah Rabiatul Adawiyah,kerana merasakan manisnya cinta Ilahi,kerana tak pernah meletakkan ruang hatinya utk lelaki,kerana pastinya segala yang beliau lalui,jauh lebih manis daripada memiliki dunia seluruhnya,kerana beliau ada Allah,peneman dan kekasih yang sentiasa memberi kekuatan kepadanya.
Cintakan Allah,Dia tak pernah dusta,sentiasa memberi janji-janji manis dan tepati setiap janji-janjinya. Untunglah Rabiatul Adawiyah kerana kau tak pernah dikecewakan sbb kau memiliki cinta yang hakiki."
* * * * *
Iya,pengorbanan tak semudah kata-kata.
Tapi,antara HAK dan BELAS KASIHAN,aku utamakan HAK.
Tapi,antara HAK dan BELAS KASIHAN,aku utamakan HAK.

Sukanya saya pada Rabiatul Adawiyah.
ReplyDeleteTapi, entah mampu atau tidak menjadi dia.
absorb her values and tampal elok2 dalam diri.
cantik tulisan awak.
:')
ensyaallah akan dahulukan HAK dari Rasa ...
Tinggi sangat maqam dia kan.
DeleteTapi setidak-tidaknya cinta dia kpd Allah mjadi inspirasi bt kita. Biarlah apapun atau siapapun yg hadir dlm hidup kita,cinta kpd dunia takkan melebihi cinta kita kpd Dia. InshaAllah.
Btw,thanks ye. :)
InsyaALLAH,Usaha atas imam.
ReplyDelete