Assalamualaikum,salam Jumaat! :)
Pagi-pagi Jumaat ni,before update blog,kena make sure dah baca selawat sikit,dah mengaji al-kahfi sikit,barulah boleh update blog kan.
Alhamdulillah,aku rasa nak share sikit satu perkara yg aku lalui baru-baru ni. Ingat tak nak share pada mulanya. Tapi,mungkin juga bila share ni boleh nk mengingatkan diri sendiri dan juga org yg membacanya.
Seperti ramai yang tahu,aku merancang percutian aku utk winter break kali ni,ke Spain dan Portugal. Memanglah kalau ikutkan masa mula-mula balik Mesir hari tu,aku tak merancang utk berjalan kemana-mana tahun ni. Tapi,nak mengelakkan drpd stressed dan tekanan jiwa sbb duduk rumah sorang-sorang,drpd aku stay kat Mesir,ada baiknya aku plan ikut housmates aku berjalan. Hehe..
Soalnya sekarang ni,duit. Kalau dulu bajet dalam USD 800 boleh lepas dah nak berjalan ke Spain. Waktu tu cukup je duit aku. Tiba-tiba,plan bertukar sikit,naik lagi harga. Sampailah plan last kami,duit paling minimum setiap individu kena spend,USD 1200. (Balik Malaysia USD 600 dah boleh lepas .__. )Total lah tu,dgn pengangkutan,penginapan,tickets,makan. Kalau diikutkan perancangan aku,mampulah aku nak tanggung utk spend sebanyak tu. Tapi,nak katanya,dalam sedang kita merancang,kita lupa Allah juga merancang. Sampaikan bila sampai masa perancangan Allah itu muncul dan berlaku,kita tak bersedia utk meyakini bahawa perancangan Allah itu sebaik-baik rancangan,sebaik-baik ketentuan utk diri hamba-Nya.
Nak dipendekkan story,aku jujur lah,memang dalam tempoh last minute before aku mulakan perjalanan,dalam poket aku mmg tak cukup utk survive kat sana. Sampaikan apa yg terlintas dalam kepala aku,"Ya Allah,kenapa sampai macam ni sekali Kau uji aku? Adakah ini ujian utk hamba yg Kau murkai? Atau adakah ini ujian kerana Kau ingin aku menjadi hamba yg lebih beriman?"
Malam tu aku frust menonggeng lah elaun tak masuk lagi. Buka laptop. Click sana. Click sini. Main lah apa yg patut. Sampai lah aku terclick satu blog ni. Kalau ikutkan mmg aku jarang gila baca blog ni. Entah kenapa bila dah rasa nak off laptop tu,tiba tangan aku ringan je click blog tu. Aku baca,aku baca dari bawah,ke atas..dan aku terkedu. Tulisannya begini..
ORANG MUNAFIQ itu jika diberikan kesenangan, maka mereka menyangka dikasihi oleh Allah dan jika ditimpa musibah pula maka mereka merasa dimurkai oleh Allah!
Firman Allah SWT : Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia pun berkata: "Tuhanku telah menghinakanku.” (Al-fajr : 15-16)
Firman Allah SWT : “Dan di antara manusia itu ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepian. Maka jika dia memperolehi kebajikan, akan tetaplah dia dalam keadaan itu, dan jika dia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah dia ke belakang. Rugilah dia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.” (al-Hajj : 11)
Keredhaan Allah pada seseorang tidak boleh diukur dengan dunia yang ada pada dirinya. Boleh jadi seseorang itu diberikan kekayaan, memiliki keluarga yang gembira dan berkedudukan tetapi hakikatnya di sisi Allah orang itu adalah dimurkai. Manakala seseorang itu boleh saja miskin, bercerai, dipandang hina tetapi sebenarnya Allah amat mengasihinya.
Janganlah tertipu oleh syaitan dan bersangka baiklah kepada Allah SWT apabila ditimpa musibah!
Luluhnya badan aku masa tu. Menggeletar satu badan. Tak semena-mena pipi aku basah. Aku tunduk. Dan aku beristighfar banyak-banyak. Sejauh itu permainan syaitan. Menghasut fikiran aku,sehinggakan aku berburuk sangka kepada Allah sejauh itu.
Bukanlah redha Allah itu terletak pada kebendaan yg ada pada hambaNya. Bukanlah kurangnya rezeki kita sbb Allah murka pd kita. Bukanlah juga kayanya kita tanda Allah sayangkan kita. Hakikatnya setiap ujian yg diberi ada hikmahnya. Hakikatnya stp ujian yg diberi,mampu menambahkan lg keimanan kita kpd Allah.
Aku refleks balik pada diri aku. Apa tujuan aku nak bermusafir sebenarnya? Takkanlah duit habis banyak-banyak sbb nak jejak kaki kat negara orang semata-mata je? Baik balik Malaysia kalau camtu. Dan aku reflekskan balik,adakah aku jenis manusia yg bergantung kepada harta dunia semata-mata? Bukankah sepatutnya hati ini sentiasa yakin dan bergantung kepada Allah sahaja?
Jadi cukuplah sekadar apa yang Allah kurniakan pada aku,sbg bekalan utk aku bermusafir nnt. Bersyukurlah. Rezeki,datangnya dari Allah. Yang penting,niat aku kena betul. Ke sana,belajar sejarah Islam. Mengambil ibrah dari sejarah. Muhasabah diri. Mudah-mudahan bertambah rasa syukur kerana diri ini diberi peluang utk merasa iman dan beragam Islam.
A'la kulli hal,alhamdulillah,Allah tak biarkan aku sesat buta tuli macam tu sahaja. Tanpa kesilapan,tiadalah kesedaran,dan tiadalah penghayatan. Moga kesilapan yg lalu,tak berulang. Moga-moga kita dikalangan hambaNya yang beriman,bertaqwa,dan berjaya dunia akhirat. Mudah-mudahan kita pd jalan yg lurus.
Doakan aku dan lain-lain selamat bermusafir,selamat pergi dan pulang. Moga Allah permudahkan semua urusan kami. Moga Allah berkati perjalanan kami,setiap langkahan kami. Moga kami diberikan kekuatan utk bermusafir,dan apapun yang berlaku harapnya kita tak berpaling dari Allah. InshaAllah. Amin,ya rabb amin.
Untuk musafir-musafir yg lain juga aku doakan yg sama. Tak kisahlah ke mana pun semua. Tapi semua org jauh lebih baik drpd aku. Aku rasa tak timbul masalah macam aku kot. Hee.. Mohon maaf atas salah silap. Mohon restu dari semua. Ada hutang ke apa,boleh claim sekarang. Kalau tak boleh nak claim,catit,boleh claim nnt. ;D Orait,itu je,thanks lah kalau ada yg baca,wassalam.
P/S : Sunnah nabi sepatutnya musafir hari khamis,dan mengelakkan hari Jumaat. Tiba trip kita,malam Jumaat dah keluar dah. Huhue..
No comments:
Post a Comment