05 November 2011

Peristiwa suatu malam.

Assalamualaikum wbt. 


Mungkin waktu ni,masing-masing sedang sibuk buat persediaan utk beraya. Meriah raya haji kat sini. Tak sama dgn Malaysia. Ahli beit setakat ni,ada 2 org kat Alex,3 org pula esok akan berangkat ke Jordan,tinggallah aku kat sini,beraya dgn kambing jiran sebelah. ^^


Sebenarnya tibe rasa nak share cerita,pertama kali sampai ke Masjidil Haram pd Ramadhan yg lalu. Malam tu,dgn izin Allah,aku sempat buat umrah yg pertama,umrah wajib. Macam biasa lah,mula dgn tawaf 7 kali,kemudian solat sunat tawaf,kemudian bersa'ie 7 kali bermula dr bukit sofa dan berakhir di bukit marwah,dan akhir sekali,tahallul dgn gunting rambut. Alhamdulillah,kali pertama bt umrah,mmg excited. Tapi disebabkan mcm2 org kita jumpa,dgn ramainya,jd perasaan bercampur baur.


Aku mula bertawaf sebaik shj selesai solat Isyak,kiranya malam tu aku skip solat tarawih. Selesai bertawaf,aku berkejar utk solat sunat tawaf. Mencari tempat utk solat,agak susah sbb ramai org sedang solat tarawih. Sampailah aku jumpa satu ruang solat wanita,yg kelihatan agak kosong,dan aku berniat utk masuk ke sana. Tp ada pak guard arab tak benarkan aku masuk. Aku ckp lah,tempat tu kosong je,knp x boleh plak? Tiba,dtg plak akk arab ni guard kat sana jgak,x kasi aku masuk. Masa tu mmg agak angin jugak lah,dah la ramai org,susah nk cari tempat solat,knp plak x kasi aku masuk tempat kosong tu kann? Kira time tu aku merungut jugak lah. =,='


Aku pun blah dr tempat tu,mulut komen dah sbb tak puas hati,then jmp lah tmpt solat lain,solat sunat tawaf 2 rakaat,then terus ke tempat sa'ie.


Aku tak ingat sa'ie yg ke 3 ke 4 entah,tibe aku rasa nak pastikan beg aku selamat tersangkut kat bahu aku,bila aku pegang bahu aku,ehh? Kosong je. Mana beg aku? AHHH..sudaahh. Mcm mana plak aku boleh tak perasan beg aku xde kat badan aku? Penat juga lah fikir mana pergi beg tu? Masa solat td rasa mcm ada jee. Masa habis solat aku tak pasti ada ke x kat aku.


Masa tu lah aku istighfar banyak2. Aku rasa spt diuji sbb ketidaksabaran aku mencari tmpt solat td,dan tak pasal-pasal aku marah pakcik and akk pakguard td. (walaupun marah dlm hati je)


Aku cuak juga pd mulanya,sbb dlm beg tu lah ada passport,semua duit aku,handphone,alquran,buku doa. Kalau hilang mmg masalah besar lah. Aku dilema,antara nak habiskan sa'ie dulu ataupun berhenti sa'ie dan cari dulu beg tu. Hmm,aku fikir punya fikir,sambil fikir sambil istighfar,sambil minta petunjuk dr Allah. Sampailah hati aku betul-betul yakin,"ANIS,habiskan sa'ie dulu ok,ini satu ujian drpd Allah,tanda kita perlu dekatkan diri kepadaNya,tujuan ke sini utk beribadah,soal beg tu tawakkal lah kpd Allah,serahkan pd Dia,Dia akan jagakan,yg penting,fokus dlm ibadah ni dulu."


Aku cuba tenangkan hati,teruskan bersa'ie,berdoa,dan beristighfar,setidak-tidaknya aku dpt rasakan nikmatnya dlm ibadah itu,tak lah sia-sia. 


Selesai shj bersa'ie,aku masih lg cuba tenangkan diri,yakin dlm hati,Allah lebih tahu apa yg terbaik utk hambaNya,Allah ada,dan Dia akan pelihara hambaNya,dan aku serahkan segalanya kpd Dia semata-mata.


Aku tergerak hati utk mencari beg di tempat aku solat sunat tawaf td. Semua org dah selesai solat tarawih,pakcik pakcik pun dah mula bersihkan kawasan tu,permaidani dah mula digulung,tapi jauh di sudut ruang tu,aku nampak beg aku elok sahaja didirikan,di bawah rak Alquran,tmpt aku solat td,spt tiada siapapun yg sentuh. :')


ALHAMDULILLAH,sujud syukur. Moga taubatku diterima.


Dan di situ juga aku dan sahabat-sahabat lain bertahallul utk pertama kali. Selesai umrah wajib. Malam tu,sgt tenang rasanya. Jujur lah,aku rindukan baitullah. 


Esok 9 Zulhijjah,kata ustaz,kain qiswah akan ditukar stp kali 9 Zulhijjah,sbb masa tu takde org,semua jemaah ke Arafah. :) Selamat berpuasa semua! Wassalam. ;)


*Selamat berangkat utk kwn-kwn yg nk ke Jordan. Souvenir oke!! ;D
*Cepat-cepatlah org Alex balik ke Cairo,sedih aku kat sini tau. Aku tgk kambing,kambing tgk aku. :(

1 comment:

  1. yang pasal kambing dengan awak tu sgt comel. takpa, budak2 alex tu nnt balik lah sat sat lagi. hehe
    kak pun rindu sgt baitul haram. rindu amat.
    salam aidiladha, anis :)

    ReplyDelete