20 August 2011

Awalnya rahmat,p'tengahannya maghfirah,akhirnya pbebasan drpd api neraka

Dua mashaf tertinggal dalam bas masa ke Mekkah,tibe teringat~

Assalamualaikum..

Malam ni dah mula 10 malam terakhir Ramadhan kan. Sedih tak? Tiba rasa sedih sbb tak tahu lah nnt akan berjumpa dgn Ramadhan lagi ke tidak. 

Kali ini,hadiah yg buat aku rasa paling tenang,bila Allah izinkan aku jadi tetamuNya pd bulan Ramadhan. Bulan yang mulia. Bulan yang mana bila dikerjakan umrah,bersamaan dgn pahala mengerjakan ibadah haji. InshaAllah. Rindu pada Haramain. Di sana semua manusia berkejar-kejar mengerjakan ibadah,tak kira masa. Setiap masa ada sahaja yang bertasbih memuji Allah,ada pula yang mengaji sampaikan kita rasa dia dah mengaji punya lama macam nak khatam dah,semua manusia tak letih beribadah,malah mereka nampak bersungguh-sungguh walaupun berpuasa. Rindu semuanya. Rindu untuk menziarahi Raudhah di Masjid Nabawi. Rindu rasa tenangnya saat bertawaf di Masjidil Haram. Mudah mudahan diizinkan lagi untuk menjadi tetamuNya kelak. Amin.

Malam ni,ada lagi sahabat sahabat aku yg akan bertolak ke Haramain utk trip akhir Ramadhan. Moga selamat dan dipermudahkan segala urusan kalian di sana. Moga sentiasa bersabar dgn ujian yg mendatang,nak nak pulak sekarang tgh ramai org,mudah mudahan kalian bertemu dgn Lailatul Qadr,inshaAllah,alangkah bahagianya.. :)

Bezanya,aku di sini,berusaha untuk meluangkan masa yang ada pd jalan yg betul. Sudahlah duduk kadang kadang sorang diri,kadang kadang duduk dgn member,nak kena kuat sikit hati ni,kena buang rasa malas,sbb suasana dia tak sama dgn suasana bila kat sana. Hekhek. Mudah-mudahan kita pun akan bertemu dgn malam Lailatul Qadr oke.. :) 

Take care ebribadi,tibe rindu gilee kat housmates,agaknya apa benda laa yg diorang dok buat kat Malaysia skrg ni eh.. (': Eheh,okei2,salam..

1 comment:

  1. tgh tgu org shopping

    wey, ko ad kt umah ker?
    x blek mesia? (^_^)

    ReplyDelete