26 August 2011

anak perempuan abah

Alhamdulillah,selamat sampai ke rumah. Hehe.


Bahagia rasanya dapat tengok wajah-wajah tersayang ni. Walaupun perjalanan penuh dgn dugaan dan rintangan,flight dari cairo delayed 3 jam (delay #1). Aku yakin itu semua ada hikmahnya. Mungkin dengan delay delay tu,perjalanan aku lebih selamat. Alhamdulillah. 


Moga sebulan di Malaysia dimanfaatkan sebetul-betulnya.


iklan : comel kan budak ni? XD

Apa aku cuba nak story kali ni,pasal masa depan. Haha. Tiba jee. Ini pandangan aku setelah 20 tahun hidup. Berdasarkan kisah ayah aku. Aku tengok laa kan,ayah aku pandai dan mahir bab bab kemahiran hidup. Itu yg buat aku kagum lah. Aku rasa mcm tak semua ayah pandai bab kemahiran hidup ni.

Bab wiring, bab menukang, bab mengebun, bab mekanik, bab membasuh baju, bab pembinaan. Banyak lagi lah bab bab lain yang mmg ayah aku mahir. Aku rasa selama aku hidup ni,jarang sekali lah,ayah aku panggil mana mana pekerja utk dtg rumah bila ada masalah elektrik ke,hantar toto ke kedai bila rasa nak basuh ke,hantar kereta ke kedai bila kereta pancit ke,suruh pekerja renovate rumah bila nk tambah ruang rumah ke,upah pekebun utk bersihkan kebun atau bercucuk tanam ke...

Biasanya dia mmg akan buat sendiri kerja kerja tu semua. Melainkan bila dia betul betul tak mampu atau tak sihat,barulah dia minta tlg org.

Paling best sekali ayah aku suka menukang. Banyak perabot perabot dlm rumah ni,dia yang buat. Bangku ke,almari ke,kabinet,meja.. Hee,apatah benda benda lain lagi.

So,nak tak nak,suami aku pun kena tahu lah bab bab ni jugak kan. Sbb aku rasa benda benda ni mmg seorg lelaki patut tahu pun. Kemahiran hidup kena A+++ oke. Hehe. (poyo je)

Sebagai balasannya,aku pun kena mahirkan diri dgn perkara perkara yg seorang wanita patut tahu la kan. Menjahit,memasak,kemas rumah,uruskan anak,lagi laaahh macam macam.

Tak patut lah kalau kita jee mengharap yang terbaik tapi diri sendiri K.O.

Tapi seriously lah,aku nak bakal suami aku,paling kurang pun tahu lah bab nak baiki masalah elektrik kat rumah ni. Itu penting kot. :)

Okei,cukup story pasal masa depan. Ini ilham setelah aku tengok ayah aku tukar tayar kereta setelah pancit semasa dlm perjalanan bawa aku pulang ke rumah dari KLIA. (delay #2) Aku rasa mcm ayah aku superb lah. Mahir and cool je bab bab ni. So itulah kali pertama aku belajar cara cara nak salin tayar kereta. Hee..aku sure abang aku pun tak tahu lagi camne nak tukar tayar kereta sebenarnya..hekhek. 

Okeh,wassalam. :)

4 comments:

  1. anis,cuti sampai bila? :)

    ReplyDelete
  2. sebenarnya kemahiran tukang dengan kemahiran elektrik dua benda jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh berbeza
    mahir bertukang tak semestinya mahir main elektrik
    sebab bahaya maaaaa

    lagi satu, kalau abang kau tak tahu tukar tayar
    silahentak dia pakai jack
    sebab itu pengetahuan asas kahkahkah

    ReplyDelete
  3. eh awak balik malaysia ke??

    =)

    sgt stuju dgn ciri2 di atas

    pandanglah wajah parents puas2,dpt pahala~~

    ReplyDelete
  4. anon,saya cuti smp 25 sept. kejap jee

    abul,bahaya tak bahaya. yg penting kalau tahu cara,inshaAllah selamat. haha,jahat betul hentak abg sendiri,sudah lah baru sampai rumah.

    kaksabihah,yep,saya balik akhirnya,terima kasih atas nasihat akk sebelum ni,huhue :)

    ReplyDelete