Ada 1001 kenangan yang terlintas bila sebut sahaja Ramadhan. Senyum seorang diri. (yelaah,semua housmates dah bermusafir) Aku jadi tak banyak cakap. Dalam hati banyak persoalan timbul. Akal pula mula bersangka macam macam. Kadang kadang jiwa tak tenang. Hidup ini satu pilihan,bukan paksaan. Biasanya,kita selalu membuat pilihan yang baik. Merancang yang baik. Tapi kadang kadang bila tiba masanya,kita tak berada pada jalan yang kita dah pilih. Kita sedar kita tak berada pada jalan yang kita dah rancang. Mula hanyut dan lama-kelamaan tenggelam. Kenapa boleh jadi mcm ni eh? Aku dapat satu ayat,kekuatan diri bukan bergantung kepada berapa banyak amal kebaikan kita dah buat,tapi bergantung kepada berapa banyak usaha kita menjauhi maksiat. Dalam tak sedar aku hanyut membuat perkara perkara yang menjauhkan aku drpd Dia. Silap aku.
Aku kagum orang yang boleh istiqamah. Walaupun nampak biasa,tapi setiap gerak geri dia mungkin bersertakan zikrullah. Ustaz pesan,haram memandang orang lain lebih rendah drpd kita. Aku betul betul harap moga Allah izinkan aku menyambut Ramadhan pd tahun ni. Moga berbeza drpd sebelum ini. Moga ada sesuatu yg aku dpt. Moga dpt perbaiki semula hubunganku dengan Mu ya Allah.
Minta maaf kpd sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Mungkin pernah berlebih lebihan dalam bergurau,bermasam muka,tersakitkan hati sesiapa,buat kamu terasa,mungkin mengabaikan hak sbg seorang teman,mungkin lupa utk mendoakan,bertindak kasar secara sengaja atau tidak,buat kamu menangis,tamak atau kedekut kat mana mana,tak tanya khabar,senyum tak ikhlas,hutang tak pernah bayar. Apa apa sahaja yang tak baik,saya minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki. :)
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
P/S : mak,your BEST tarawikh partner tak dpt teman mak tarawikh kali ni,jangan sedih sedih,LUV YOU~ <3 <3 <3 (':
love u so much. I really miss trawih
ReplyDeletepatner