04 May 2011

Diary kelmarin dulu,baru update,internet baru lahir

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Hari Buruh sudahpun berlalu. Hehe,macam program aku pulak hari buruh tu yer. Seperti yang aku kata sebelum ni,akan "berehat" pada 1 Mei. Yer,betul lah "berehat" yang aku maksudkan hari tu,betul betul dapat "berehat".

Kami,hari ni,diizinkan Allah s.w.t. untuk berjaulah ke beberapa makan di sekitar Kaherah. Alhamdulillah,syukur sangat akhirnya ada juga kesempatan untuk berziarah ke makam makam. Baru aku tahu ada beza rupanya makam dengan dharih. Makam tu,tak semestinya terdapat jasad si mati,mungkin si mati pernah melawat sahaja ke tempat tersebut,tapi bezanya dharih ni,terdapatnya jasad si mati di tempat tersebut. 

Dalam 20++ jugak la makam yang kami sempat ziarah. Antaranya,makam Sultan Hanafi,Ibn Tulun,Imam As-syafi'e,Saiydatina Nafisah,Saiydatina Atikah,Syeikh Taqiuddin Ibn Daqiq,Imam As-soghir Ashraf Alhusaini,Makam As-sayyidu Ash-shuhada' Imam Husain,Imam Hassan Al-Bana,dan sempat juga kami singgah ke Masjid tertua di benua Afrika,Masjid Amru Bin 'As

Banyak sangat kisah yang kami dengar daripada Ustaz Faisal tentang setiap wali wali Allah ni,karamah mereka,subhanallah,sangat menginsafkan lah bila dengar,dan setiap perjalanan kami tu,rasanya banyak sangat perkara yang mentarbiyyah diri. Alhamdulillah,tak terasa penat,dan tak panas mana pun rasanya jaulah kami hari ni. Terima kasih untuk semua yg terlibat,banyak ilmu yang aku dapat hari ni.

Sebenarnya aku baru sedar betapa banyaknya makam kat Mesir ni,lebih 200++ makam. Dan betapa ramainya lagi wali wali Allah yang masih wujud di muka bumi Mesir ni. Barakahnya tempat ni. Rasa macam rugi pulak kalau duduk sini tapi tak dapat apa yang diwariskan oleh mereka,ilmu ilmu mereka. Moga ada jalan,ada ruang yang Allah beri utk kami mengaut ilmu ilmu yang ada di sini. InsyaAllah..

Hmm,itu sahaja laporan cuaca daripada Naqiyan Anis untuk Hari Buruh. Huhue~

Okeh,untuk semalam,alhamdulillah,settle final practical exam physiology. Soalan bocor ke apa itu rezeki masing masing la kan,huhu,doa doalah moga kita semua dapat yang terbaik utk physiology yer. InsyaAllah.

Nota #1:

Laporan cuaca semalam,30 April 2011,seorang gadis remaja telahpun menjangkau usia yang ke20 tahun. Pehhh..!! Duopuloh bebb...haha! MAK,boleh da rasanya kalau nak start kemaskini nama nama bakal menantu pilihan,agagaga,tak leh blahh budak tua ni. (=_="). Heee,alhamdulillah,dipanjangkan usia,moga amalan baik juga berpanjangan dan bertambah-tambah. 


Selamat Naqiyan Anis,selamat hari jadi yang ke-20. Hargailah,manfaatkanlah usia mudamu pada jalan yang diredhai Allah,setidak-tidaknya,berilah sumbangan buat Islam. Agama-Nya,agama Rasulullah,agama kita,Naqiyan. Selamat meneruskan perjuangan. =)

Tengs sangat pada yang wish,yang bg gifts,cakes,ahli beit yang masakkan mcm2 special habessss,yang temankan aku 'bersukan' kejap semalam,beit mustajab punya puding karemel mmg terbaikkk,tengs tengs,haha semalam aku rasa macam puteri kejap. Ceyyhh...haha,lebih ah tu...

Nota #2 : 

Simboliknya kubah Masjid Imam As-Syafi'e,(tibe~),bentuk sampan,melambangkan sampan yang berlayar di lautan,di mana kita semua tahu,nisbah laut lebih besar berbanding daratan,begitu jugalah ilmu Imam As-Syafi'e,luas,dan Imam As-Syafi'e sendiri telah bergurukan lebih drpd 300 orang guru.

Kubah Masjid Al-Azhar pula ada kembar. 2 kubah,melambangkan dunia dan akhirat. Menurut ustaz,itu simbolik masing masing.

Contohnya,ada juga orang letak nama anak dengan safwan,safw itu bersih,bila tambah 'alif' dan 'nun' di hujung,jadi muthanna(gandaan dua),jadi maksudnya 'dua bersih' ataupun nak sedap lagi 'bersih dunia dan akhirat'. 

Aku pulak terfikir nama aku. Naqiyan. Naqiy itu suci. Tapi bila tambah 'alif' 'nun' kat hujung,dulu aku fikir maksudnya 'dua kali suci' ke? Huhue,tapi sekarang,boleh jugak la aku nak maksudkan nama aku 'suci dunia akhirat' kan? Heee,alhamdulillah,makna yang baik. InsyaAllah,harapnya nama aku bila begitu,rohnya juga begitu,hatinya juga begitu. Doa-doakanlah eh.

3 comments:

  1. bestnya bestnyaa dpt jalan2.
    kak paling suka part imam syafie tu.
    sanah helwah anis (wish lagi :D)
    moga dirahmati

    p.s: kak tinggal komen kat entri sebelum ni :D

    ReplyDelete
  2. sanah helwah naqiyan..
    smg pnjg umo n sentiasa dlm lembayung rahmat dan kasih sayangNya..aminn...

    ReplyDelete
  3. kak fathy,yana : tengs,amin2.. (^_^)

    ReplyDelete