03 March 2011

diary tengah malam

Salam. Apa cerita semua orang?! Hehe. Saya baru baik dari selsema. Yeayy. Alhamdulillah. Walaupun tak tahu nak cerita apa. Tapi still terasa nak menulis.

Dah masuk bulan March kan. Kalau ikutkan,entah berapa banyak syllabus dah aku belajar dekat u. Dah ready nak practical exam kot. Hahh! Bajet jek. Dan mungkin jugak dah terasa bahang bahang summer di Mesir. Haihh. Tapi rasa macam kejap je bila duduk rumah. 9 Februari aritu sampai Malaysia. Tup tup..dah masuk 2 Mac.

Gila lahhh..!

Aku buat pe je duduk sini. Habiskan masa tengok tv. Lebih spesifik,tengok korean series jek. Aura mana lahh yang kasi mata aku pandang CD tuh. Mula mula Personal Taste. Member mak aku pinjamkan CD tu. Asalnya mak aku nak tengok. Tapi busy nohh. Terpaksalah si anak tolong tengokkan. Hehe. Lepas tu,member mak aku kirim pulak Boys Over Flowers. Hahh. Tak pasal pasal aku yang selama ni pandang korea sebelah mata,sekarang dah pandang dua belah mata. Dulu kerek bukan maiinn dengan cerita korea. Hamekkk! Sekarang sudah jatuh cinta sama **-***. Haha. Rosak...

Semalam,singgah Pejabat Pos. Sbb mak pesan,aku kena renew lesen kereta aku sendiri. Menonong aku drive dlm pukul 2 petang camtu. Tunggu giliran. Nombor aku 2294. Nombor sekarang 2234. 60 giliran aku tunggu. Mak aihhhh..bukan main lama duduk melangok. Sampai je turn,2294 kaunter 2. Muka happy nehh. Akak,nak renew lesen. 

"Oooohh,ini lesen percubaan ni. Kena pergi selepas tarikh tamat lesen. Dan kena renew kat JPJ je dek.. Heeee~"

Ooo,hehe,terima kasih kak. Pehhhh...dalam hati ni pelik. Apa pasal lahh parents aku tak bagitau apa apa pasal ni? Zaman dulu renew mcm mana agaknya? Huhue..sabar je lah en. Keluar tu buat muka toyaa sudaa..rasa bersalah. Kesian dekat org lain je menunggu turn aku. Hahh..tak buat silap tak tau kann..

Ini lagi satu story. Baru baru ni,ada buat bacaan tahlil kat rumah Bangi. Anak sedara yang ada time tu tak ramai. 4 orang je yang ada. Yang lain tak balik rumah. Dalam sibuk sibuk nak tolong orang dapur,handphone tertinggal kat bilik mak aku. Agak agak dah malam,nak balik rumah Kajang,aku cari handphone. Terkial kial jugak lah mencari sbb tak ingat letak kat mana. Last last jumpa. Elok je duduk atas katil. Entah kenapa wallpaper handphone dah berubah. Aiihhh..semacam je rasa. Cek lagi benda lain. Satu album habis HILANG. Aiigoooo..sedih gila! Kerja siapa lah nii.. Orang tak berapa berduit mcm aku,simpan gambar dlm hp je lah. Mana ada camera ke pe. Gambar sepanjang rusuhan semua dah takde. Sedihh.. Aku buat pe lagi. Soal siasat lah sorang sorang budak kat rumah tu. Semua jawab tak main pun hp mak teh. Hmm..oke2,anggap je lah takde jodoh dgn gambar2 tu semua. Tapi still,tak leh tidur mengenangkan gambar gambar yang dah takde tu. ='(

Macam macam lahh benda jadi sepanjang duduk sini. Cuma satu je tak jadi,STUDY. Haha. Bukan nak bangga buat dosa. Tapi,pelik lah. Asal study je tak masuk. Malu pulak tgk adik sendiri study. Dia  nak PMR takpe la en. Huhue.

Okeh! Apa apa pun,moga kalian sihat belaka. Dan selamat tak kira di mana jua berada yep. Mintak diri dulu. Salam. =D

3 comments:

  1. haha...sama laa..mula2 pon aku igt buat kat pos office jer...nsb bek cousin aku btaw awl2..first tyme kene g jpj...

    cousin ak ckp bleyh je renew awl..bg alasan study oversea...

    ReplyDelete
  2. ouh..mak teh..hehe
    abehla kalo anis da korean drama addict..
    siannye..gambo ilang..msti tkilan en?
    awat x save dlm lappy?

    like dis one..na quote satgi..
    "Macam macam lahh benda jadi sepanjang duduk sini. Cuma satu je tak jadi,STUDY. "

    ReplyDelete