Hati,
bilakan kamu akan bersih?
bersih dari berprasangka.
bersih dari keraguan.
bersih dari sifat ujub dan riya'.
Hati,
bilakan kamu mengenal erti keaiban?
aib pada dosa dosa.
aib pada Allah Maha Pencipta.
aib pada diri sendiri.
Aku cuba utk didik kamu duhai hati.
Sukar. Tapi kerna memikirkan kamu tempat yang Raja seluruh alam lihat.
Aku cuba juga mencari penawar yang dapat mengubati kamu.
Yang boleh mengembalikan fitrah asal kejadianmu.
Jangan hati menurut kata pandangan.
Jangan hati menurut kata akal.
Jangan hati menurut kata nafsu.
Tapi hati,ikutlah pandangan mu sendiri.
Pandangan yang hakiki.
Itupun kalau kamu bersih duhai hati.
Betul ke kata-kata bahawa :
Kadang kadang Allah nak dekatkan kita dengan Dia melalui dosa dosa yang kita pernah buat.
Sekian.
Saya yang terkapai-kapai. ('',)
nice kalam :)
ReplyDeleteduhai hati...
jangan berhenti mencari hidayahNya, dear :)
ReplyDelete