05 July 2010

fourth of july-a new life begin

ini je wang saku yg ada utk survive


Hahh.. semalam. 4 JULY 2010. Memang tarikh keramat. Tarikh keramat dlm hidupku krn berakhirnya course first year sbg medical student. Alhamdulillah. Segala usaha telah dikerahkan. Segala cabaran,dugaan,keperitan dah ditempuh. Perit wehh. Sakit sgt bila belajar sepenuh jiwa raga ni. Betul betul rasa mcm pergi berperang cuma nya takde pertumpahn darah.
A’la kulli hal,kami rasa bersyukur sgt sbb Allah banyak tolong kami dlm perjuangan utk imtihan yg lepas. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tuhan yang Maha Pengurnia Rahmat. Dialah sebaik-baik pemberi pertolongan. Alhamdulillah utk segalanya.
Jadi,plannya selepas ni. Ada yg nak balik Malaysia da. Ada yg stay kat Egypt tunggu natijah imtihan baru la balik. Ada yg stay Egypt and plan utk pergi umrah ke mekkah. Masing masing dgn plan masing masing la. Atas nasihat ayah aku,aku dgn paksa rela nya kenalah stay kat Egypt dulu tunggu result exam then baru boleh balik Malaysia.
Actually,memang tak tahu nk spend masa dgn apa time summer 2 minggu ni. Duit pokai. Nak shopping pun terbatas. Nak gi matrouh apatah lg. Sbb mmg kompem duet xde. Cukuplah sekadar beli barang barang utk family n kawan kawan kat Malaysia. Tulaa…gara gara x bajet duet masa mula mula dpt elaun dulu. Skang da pokai barula nk terkinja kinja mencari duit. Huhh.pengajaran utk saya.
Ahahh. Baru td aku round tahreer dekat cairo ni. I’ve bought two abayas(jubah). Bukan utk aku. Tp utk mak aku and makdah. And and and……………….color abayas tu sama oke. Ala-ala maroon la. Just yg membezakannya hanyalah corak yg x jauh beza pun sebenarnya. Haha. Nasib la. Aku takkan gitau mak aku ataupun makdah yg diorg dpt baju yg ala-ala sama. Nasib la kalau tiba tiba diorang terserempak kat pasar ikan ke kebetulan pulak dua dua pakai baju yg sama…haha kantoi laa di situ yg anak mereka sgt adil dlm pembelian souvenir ni ye. Betapa kasih syg aku utk mereka berdua tiada belah bahagi. Ehehh. Walaucamnepun aku akan gitau ayah aku awal-awal la yg aku belikan jubah yg sama je utk mak aku and makdah tu. Hee..
Ohh ye,aku kena tidur da ni. Esok mcm mcm benda nk kena settlekan. Misi pencarian rumah. Penjualan rumah yg x jd nk ambil tu. Then misi mengutip kurma di abou risy. Ke hayyu asyir pula utk shopping. For the next day pulak ke Hussein utk shopping lagi. Hahaha. See. Mana la tak sengkek anak wak rahim ni. Haihhh. Okeh. Gudnite. :)

2 comments:

  1. xpe wak rahim kaye leh bg sumbangan kt anak die yg sengkek nih..hahahha

    ReplyDelete
  2. ambooii.. perli maut seyyhh
    wak rahim pencen daa
    tunggu anak dia plak balik tanggung semua..haha

    ReplyDelete