17 June 2010

atas rezeki


Alhamdulillah. 3 paper da lepas. Tinggal satu je lg paper. Anatomy. Huhh. Tak sabar betul nak habis. Rindu sgt keluarga kat Malaysia. Walaupun x sure lg balik ke x,tapi…harapan utk balik tu x pernah hilang. Sentiasa berharap. Bergantung pada Allah. Kalau ada rezeki insyaAllah balik.
Buat pertama kalinya aku rasa hidup ini bergantung pada rezeki masing-masing. Ada orang rezekinya murah. Senang je dpt kebaikan.  Ada org rezekinya agak jauh. Banyak dugaan perlu dirintangi baru boleh dpt kesenangan. Itu semua berbalik pada asas kita. Asas kita ialah hubungan kita dgn Allah Ar-Razaq. Dan disamping hubungan kita sesama manusia.
Orang tak pandang baik buruk awak. Dekat sini org tak pandang pandai bodoh awak. Semuanya terletak dlm hati masing masing. Kalau ikhlas,biarlah luar buruk. Biarlah luar bodoh. Tapi Allah tahu keikhlasan awak. Dari situlah terbitnya redha Dia kepada hamba-Nya. Mungkin.
Dari redha datangnya keberkatan. Dari keberkatan datangnya kesenangan dlm setiap urusan. Insya-Allah.  Jadi,asas ini lah yg paling penting sebenarnya. Kan?
Kalau dapat musibah pun,fikir balik. Dalam ramai ramai yang usaha,Allah tahu hambaNya yg mana paling berterusan usahanya. Dalam ramai ramai yg mengerjakan ibadah,Allah tahu hambaNya yg mana paling ikhlas hatinya. Dalam ramai ramai yg menjaga hubungan sesama manusia,Allah tahu hambaNya yg mana paling mengasaskan ketaqwaan dlm perhubungan itu. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui.
Sungguhpun kita usaha 24 jam tanpa henti. Sungguhpun kita mengejar pahala tanpa henti. Sungguhpun kita berbuat baik dgn manusia tanpa henti. Sungguhpun kita khatam kesemua ilmu di depan mata tanpa henti. Mungkin masih ada sesuatu yg kita terlepas pandang dan menyebabkan redha Allah bukan pada kita. Astaghfirullah. Perkara perkara halus inilah yg perlu dijaga. Kerana yg halus itulah jika dipelihara dapat mengindahkan lagi kehidupan kita sbg hamba Allah di muka bumi ini. Namun jika tak dipelihara,mungkin juga kita akan tunduk pada ajaran syaitan mahupun tertunduk pada nafsu. Nauzubillah.
Aku baru mula belajar erti semua ni di sini. Di bumi anbiya. Bumi yg penuh barakah. Untung jika ada kesedaran. Satu nikmat yg belum tentu esok lusa kita akan dapat. Alhamdulillah. Aku masih diberi nikmat iman. Nikmat islam. Nikmat duduk dikalangan solihin. Nikmat merasai kehidupan islam. Nikmat belajar ilmu duniawi dan ukhrawi. Yang penting,nikmat ber-BINTI kan abdul rahim. Aku masih islam. Islam pada nama atau hati?? Itu kena tanya balik kpd diri sendiri.
Tanggungjawab dipikul. Sebagai khalifah. Itu satu kemestian. Nak nak pulak di akhir zaman ni. Macam macam benda di luar jangkaan boleh berlaku. Amar maaruf nahi mungkar itu yg penting. Tapi,Naqiyan Anis kena ingat. Diri kena berubah jugak. Perubahan,penghijrahan yg istiqamah. Untuk dapatkan kejayaan kena lupa erti susah,kena lupa erti putus asa,kena lupa erti malu kerana berbuat baik. Syurga itu telah dijanjikan utk org yg beriman. Jangan sebab diri sendiri yg salah,agama sendiri yg difitnah. Astaghfirullah.
Ya Rabb,kuatkanlah hati ini dlm perjuangan menegakkan agama yg Kau redhai. Letakkanlah kami dalam golongan mujahidin di akhir zaman ini. Berkatilah segala usaha kami ini ya Allah. Peganglah jiwa jiwa kami agar tidak terlepas dr jalan yg benar. Berikanlah kami petunjuk.. Amin. InsyaAllah mudah mudahan dipermudahkan untuk semua sahabat seperjuangan.

6 comments:

  1. fathiyyah likes this!

    all the best for the coming exams :)

    ReplyDelete
  2. betol2...atas rezeki dan kuasa ALLAH..

    one more thing, ALLAH takkan memberi ujian pada hambanye melainkan hambanye itu mampu mengahadapinye...

    ALLAH maha mengetahui...yakin laah..tiap ujian ada hikmahnye...

    dengan ujian, dosa terhapus
    dengan ujian, kite tahu ALLAH tak nak kite alpa..
    dengan ujian, kite yakin ALLAH sayang kiter...

    aku bersykur jugak dpt menuntut ilmu di bumi barakah nih...

    tq, like this post=)

    ReplyDelete
  3. like doz post too...
    gud luck anis :)

    ReplyDelete
  4. tiq lykes dz post tOo!
    syukran, dear - a very inspiring post indeed..may ALLAH bless.

    He is the Knower of All, Oo ALLAH have mercy on us..:)

    tabah dan teros tabah

    [moga ALLAH murahkan rezeki, tetapkan hati ini pada jalanNya...ameen~]

    ReplyDelete
  5. kak fathy : okeh,tenkiu :)

    tiqa ; termia kasih atas nasihat tu. semangat sikit rasa. hee

    nisa : oke,kamu pn gudluck jugak. doakan kami yer besh student. ;D

    tiq : amin... :)

    ReplyDelete
  6. Ya Rabb,kuatkanlah hati ini dlm perjuangan menegakkan agama yg Kau redhai. Letakkanlah kami dalam golongan mujahidin di akhir zaman ini. Berkatilah segala usaha kami ini ya Allah. Peganglah jiwa jiwa kami agar tidak terlepas dr jalan yg benar. Berikanlah kami petunjuk.. Amin. InsyaAllah mudah mudahan dipermudahkan untuk semua sahabat seperjuangan.

    Ameen.
    moga berjaya anis.:P

    ReplyDelete